the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 18, 2025
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

UMNO Sedia Saman Penyebar Fitnah, Tubuh Jabatan Baharu

KUALA LUMPUR: UMNO akan mula mengambil tindakan tegas dengan memfailkan saman terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah atau mencemarkan nama baik pemimpin parti itu.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata langkah itu selari dengan penubuhan Sekretariat Perundangan di peringkat Ibu Pejabat UMNO yang berperanan memantau isu berkaitan.

“Selama ini bukan budaya UMNO untuk menyaman atau menghantar tuntutan kepada mana-mana pihak, namun melihat kepada suasana semasa dan penggunaan media sosial secara rakus untuk memburukkan pemimpin UMNO, kita berpandangan sudah tiba masanya untuk bertindak lebih agresif,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Bintang di sini hari ini.

Asyraf Wajdi berkata parti-parti lain telah lama menggunakan saluran undang-undang bagi menangani penyebaran persepsi negatif dan dakwaan palsu terhadap pemimpin mereka.

Justeru, katanya UMNO kini mengambil pendekatan serupa bagi memberi pengajaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dalam perkembangan lain, Asyraf Wajdi turut memaklumkan bahawa UMNO bersetuju menubuhkan Jabatan Pengundi Luar sebagai langkah strategik untuk mendekati golongan berkenaan secara tersusun dan berterusan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurutnya, langkah itu penting memandangkan hampir 40 peratus pengundi di beberapa kawasan Parlimen berada di luar kawasan asal mereka, terutamanya di Lembah Klang dan Selangor.

“Jadi, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi baru-baru ini, kita telah memutuskan untuk menerima cadangan UMNO Bahagian Bukit Bintang bagi menubuhkan jabatan ini, agar pelbagai pendekatan dapat digarap untuk mendekati pengundi-pengundi di kawasan Parlimen yang menjadi sasaran UMNO dan Barisan Nasional.

“Sebagai contoh, kita boleh mengadakan program dan menyalurkan bantuan kepada mereka dari semasa ke semasa,” katanya.

Related

spot_img

Latest

Dewan Negara adjourns after passing 13 key bills

The upper house concluded its December session by approving major bills on skills, finance, and social security, with the Prime Minister announcing flood aid and subsidy plans.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories