the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 16, 2026
20.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Wanita dan anak lelaki ditahan disyaki dera pembantu rumah

Polis tahan ibu dan anak lelaki disyaki dera pembantu rumah warga tempatan di Gombak, mangsa ada kesan luka dan tidak dibayar gaji

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita dan anak lelakinya kerana disyaki mendera pembantu rumah warga tempatan di Gombak.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata suspek warga tempatan berusia 57 dan 30 tahun itu direman sehingga 11 Disember.

Mangsa berusia 22 tahun yang bekerja di rumah suspek sejak September kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan.

“Wanita itu stabil dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan luka pada beberapa bahagian badan dan melecur pada lengan,” katanya.

Mangsa juga memaklumkan tidak dibayar gaji sepanjang bekerja.

Noor Ariffin berkata mangsa membuat laporan pada 8.38 malam Sabtu selepas dapat melarikan diri ke rumah jiran.

Siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan serta Seksyen 12 dan 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Gorilla Technology to host live investor webinar and Q&A on January 28

Gorilla Technology will host a live investor webinar on January 28, where its leadership team will discuss recent milestones, strategy and growth outlook, followed by a Q&A session with investors.

Most Viewed

SPRM fokus perkukuh tadbir urus ATM dalam pertemuan dengan Mindef

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan bekerjasama dengan Kementerian Pertahanan untuk memperkukuh tadbir urus dan membersihkan isu rasuah dalam Angkatan Tentera Malaysia.
spot_img

Popular Categories