the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita rugi RM52,235 ditipu tawaran kerja dalam talian

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Seorang peniaga rugi RM52,235 selepas terpedaya tawaran kerja jual barang jenama dalam talian, disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

BANDAR PERMAISURI: Seorang peniaga wanita mengalami kerugian RM52,235 selepas terpedaya dengan tawaran kerja sambilan dalam talian.

Mangsa berusia 43 tahun itu melayari sebuah laman web pada 23 Oktober lalu dan ditawarkan pekerjaan menjual barang berjenama.

Dia dijanjikan keuntungan 50 peratus daripada hasil jualan barangan tersebut.

Namun, mangsa terpaksa membuat bayaran pendahuluan untuk mendapatkan tawaran pekerjaan itu.

Mangsa kemudiannya membuat beberapa transaksi pemindahan wang berjumlah RM52,235 ke empat akaun bank berbeza.

Dia menyedari ditipu apabila tidak menerima sebarang keuntungan seperti dijanjikan.

Laporan polis telah dibuat semalam berhubung kejadian itu.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img