Saturday, November 1, 2025
26.1 C
Malaysia
spot_img

Warga emas hilang di Kuala Kangsar ditemukan meninggal dunia

Bernama

Seorang warga emas berusia 70 tahun yang hilang di Kuala Kangsar ditemukan meninggal dunia di kawasan hutan berhampiran kampung.

IPOH: Seorang warga emas yang dilaporkan hilang sejak Isnin selepas keluar mencari lembu peliharaannya ditemukan meninggal dunia di kawasan hutan berhampiran Kampung Paya Permai, Lubok Merbau dekat Kuala Kangsar, petang tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata mayat Zahari Zainuddin, 70, dijumpai 3.48 petang hasil pencarian bersama beberapa agensi keselamatan dan penduduk kampung.

BACA: Warga emas hilang ketika mencari lembu di hutan Kuala Kangsar

Beliau menyatakan mayat mangsa ditemukan di kawasan semak, kira-kira 900 meter dari Pusat Kawalan Bomba dengan pasukan operasi menjalankan pencarian di sekitar lokasi terakhir beliau dilihat.

Shazlean menambah mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img