the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 7, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Warisan umum calon Saddi Abdul Rahman, Mazliwati Abd Malek untuk PRK Kinabatangan, Lamag

Warisan calonkan bekas ADUN Sukau Saddi Abdul Rahman untuk Parlimen Kinabatangan dan Mazliwati Abd Malek untuk DUN Lamag dalam PRK 24 Januari

KINABATANGAN: Parti Warisan hari ini mengumumkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman sebagai calonnya untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan.

Warisan turut mengumumkan bekas calon parti itu bagi kerusi Parlimen Kinabatangan pada PRU15 Mazliwati Abd Malek sebagai calon bagi PRK DUN Lamag.

Timbalan Presiden Warisan Datuk Darell Leiking mengumumkan nama kedua-dua calon itu di Dewan Sri Lamag di sini.

Beliau berkata pemilihan Saddi dan Mazliwati mendapat restu daripada bahagian parti itu di Kinabatangan.

“Pilihan raya berkenaan merupakan suatu proses demokrasi yang perlu dilaksanakan,” katanya.

Beliau menambah Warisan menawarkan calon tepat kepada penduduk kawasan itu untuk membawa perubahan.

Kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag kosong selepas penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia pada 5 Disember lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua PRK itu pada 24 Januari ini.

Penamaan calon serta pengundian awal masing-masing pada 10 dan 20 Januari ini.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

FastLane wins Total Xero Award 2025 as it leads accounting into the AI era.

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 6 January 2026 -FastLane Group is honoured to receive the Total Xero Award 2025, marking its third recognition from Xero following their Asia Advisory Partner of the Year 2024.
spot_img

Popular Categories