the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Zon pemeriksaan motosikal di Kompleks ICQ Johor kembali beroperasi

PUTRAJAYA: Zon pemeriksan motosikal di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar, di Johor kembali beroperasi seperti biasa setelah masalah teknikal dan kerja konfigurasi sistem M-Bike pulih sepenuhnya.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh (gambar) dalam satu kenyataan hari ini berkata masalah teknikal dan kerja-kerja konfigurasi itu telah selesai dan dapat diatasi.

Beliau berkata pada masa yang sama tindakan pemantauan berterusan selama 24 jam akan terus dilaksanakan bagi memastikan gangguan sistem tidak berulang dan kelancaran di zon pemeriksaan motosikal terutamanya pada waktu puncak.

“Pihak imigresen komited untuk sentiasa berusaha menambah baik proses kerja dan sistem sedia ada sekali gus memastikan pergerakan di pintu masuk utama Malaysia dan Singapura berjalan lancar,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan atas komitmen tinggi yang diberikan oleh pengurusan tertinggi Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen Johor dan syarikat pengendali penyelenggaran sistem untuk memulihkan keadaan itu.

“Imigresen juga berterima kasih di atas keprihatinan serta sokongan berterusan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam menangani isu ini,” katanya.

Minggu lepas, Ruslin dilaporkan berkata kesesakan luar biasa berlaku di Zon Motosikal Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar disebabkan gangguan sistem M-Bike di kedua-dua laluan zon pemeriksaan motosikal masuk dan keluar. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

PH cautious over potential vote shift in seats not contested by PN

Pakatan Harapan (PH) is taking a cautious approach in facing contests in the 23 constituencies where Perikatan Nasional (PN) is not fielding candidates in the Johor state election.

Kai Tak Sports Park Claims Top Honour

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The winners of the Quality Building Award 2026 (QBA 2026) were announced and presented at a ceremony held last Friday (26 June) at the Hong Kong Convention and Exhibition Centre.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings