the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aidilfitri: Subsidi penerbangan empat hari sebelum perayaan – Loke

PUTRAJAYA: Tempoh bantuan subsidi penerbangan sempena Hari Raya Aidilfitri ini dilanjutkan empat hari sebelum perayaan iaitu pada 6, 7, 8 dan 9 April, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke (gambar).

Beliau berkata individu yang membeli tiket penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak dan Labuan pada empat hari itu tidak akan membayar melebihi RM599 untuk harga tiket asas kerana sebarang kos melebihi harga maksimum itu akan ditanggung kerajaan.

“Kita fahami keadaan orang ramai yang akan memanfaatkan hujung minggu untuk pulang ke kampung masing-masing jadi kita tambah satu hari iaitu pada 6 April (Sabtu) bagi inisiatif harga maksimum ini.

“Penambahbaikan ini dijangka akan memberi implikasi kewangan tambahan sehingga RM1.8 juta untuk kerajaan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Pada 15 Dis lepas, Kementerian Pengangkutan (MOT) telah melancarkan inisiatif bantuan subsidi sempena musim perayaan untuk penerbangan antara Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak dan Labuan.

Di bawah inisiatif itu, kerajaan MADANI akan menanggung kos tiket penerbangan sehala yang melebihi RM599 untuk tiga hari sebelum perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan Krismas.

Penjualan tiket penerbangan tersebut akan bermula 5 petang hari ini.

Loke berkata MOT menerusi Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) memudah cara sebanyak 342 penerbangan domestik tambahan di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April.

“Strategi ini telah menunjukkan kesan yang positif iaitu lebih banyak tiket penerbangan terutamanya bagi laluan dari Kuala Lumpur ke destinasi utama di Sabah dan Sarawak dijual pada harga lebih murah,” katanya.

Selain penerbangan, Loke berkata Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) turut menyediakan enam perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 4 hingga 15 April bagi beberapa laluan.

Perkhidmatan itu melibatkan dua laluan iaitu KL Sentral-Butterworth-KL Sentral dan KL Sentral-Ipoh-KL Sentral.

Tren tambahan ETS tersebut menawarkan sebanyak 1,260 tiket sehari menjadikan keseluruhan tiket tambahan sebanyak 15,120 termasuk tren ekspres, manakala jumlah tiket yang ditawarkan termasuk tren biasa dan tambahan bagi musim perayaan Aidilfitri ialah 135,000 tiket.

Selain itu, KTMB turut menyediakan dua perjalanan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri (ELA) pergi dan balik yang akan beroperasi dari Stesen KL Sentral ke Stesen Tumpat, Kelantan dan sebaliknya dengan 952 tiket ditawarkan untuk perkhidmatan khas itu, khusus bagi mereka yang pulang ke Pantai Timur.

Tren Khas ELA akan berhenti di 17 stesen iaitu Stesen KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Kajang, Seremban, Pulau Sebang, Gemas, Bahau, Mentakab, Jerantut, Kuala Lipis, Gua Musang, Dabong, Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas, Wakaf Bharu dan Tumpat.

“Tiket tambahan untuk ETS dan perkhidmatan khas ELA akan mula dijual pada hari ini bermula 5 petang menerusi aplikasi KTMB Mobile (KITS) dan juga di kiosk tiket yang tersedia di semua stesen utama KTMB,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings