the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia

IPOH: Anak kepada suami isteri yang maut kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 51.3, Jalan Raya Timur – Barat (JRTB) Gerik – Jeli, dekat Gerik pada 7 April lepas, meninggal dunia awal pagi semalam.

Anak bongsu kepada pesara tentera Kamizan Kasimon, 42, dan isterinya Noor Asmah Mat Zainal, 38, yang dilaporkan maut di tempat kejadian itu, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

“Mangsa berusia tiga tahun disahkan meninggal dunia di HRPB,“ katanya.

Kematian itu menjadikan jumlah mangsa yang maut dalam kemalangan terbabit sebanyak empat orang setakat ini, termasuk seorang lagi mangsa yang merupakan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova berusia 54 tahun, meninggal dunia kira-kira 11.20 malam pada hari kejadian di Hospital Taiping.

Dalam kejadian kira-kira 12.20 tengah hari itu, sepasang suami isteri maut selepas kereta Proton Persona dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kenderaan MPV berkenaan.

Anak lelaki dan perempuan pasangan itu masing-masing berusia 10 dan tiga tahun dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian badan, manakala lima lagi mangsa yang menaiki Toyota Innova juga cedera dan menerima rawatan di hospital.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings