the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 27, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

2,000 pokok ketum ditanam atas tanah rizab kerajaan dimusnah

TELUK INTAN: Polis memusnahkan kira-kira 2,000 pokok ketum dalam operasi bersepadu antara Polis Diraja Malaysia dengan pelbagai agensi kerajaan di sekitar Labu Kubong dekat Sungai Manik hari ini.

Ketua Polis Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata hasil risikan pihaknya mendapati pokok ketum berkenaan ditanam di atas tanah rizab kerajaan yang dianggarkan seluas lapan hektar.

“Hasil maklumat yang kita terima, kawasan Hilir Perak ini antara ‘hab’ pembekalan yang terbesar dan ia didalangi oleh sindiket tertentu yang menanam, memproses dan memasarkan daun ketum di seluruh negara.

“Ini fasa pertama tindakan yang kita ambil bagi membanteras aktiviti ini. Kita akan meneruskan operasi ini pada fasa kedua dengan mengambil tindakan ke atas individu yang menanam pokok ketum di kawasan tanah masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas operasi pemusnahan di sekitar Labu Kubong di sini hari ini.

Beliau berkata antara agensi yang terlibat dalam operasi itu adalah Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Daerah Hilir Perak, Jabatan Pengairan dan Saliran, Majlis Keselamatan Negara, Agensi Antidadah Kebangsaan serta Jabatan Kerja Raya.

Dalam pada itu, Bakri berkata 25 individu ditangkap membabitkan kesalahan memiliki ketum sepanjang empat bulan pertama tahun ini.

“Kami merampas 147.5 liter air ketum dan 24 kilogram daun ketum sepanjang tempoh berkenaan, selain menahan 76 individu, dengan 31 kes didakwa di mahkamah sepanjang tahun lepas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Oriental Interest to acquire Chin Hin, CHJ Motor Holdings for RM280m

Oriental Interest plans to build a new growth engine through the acquisition of two Kedah-based motorcycle retail and financing companies, with future expansion expected through additional acquisitions and new financing products.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings