the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

28 penumpang, pemandu terselamat bas ekspres terbakar di Taiping

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

IPOH: Sebanyak 28 penumpang dan seorang pemandu bas ekspres terselamat apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan di Kilometer 406 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Kamunting, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 9.50 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting dan Taiping bergegas ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres yang telah menyeret sebuah motosikal yang terbabas pada ketika itu sehingga menyebabkan bas terbabit dianggarkan 90 peratus musnah terbakar.

“Sebanyak 28 penumpang di dalam bas telah berjaya dikeluarkan dengan selamat sebelum bomba sampai di lokasi kejadian dan kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan awal pagi tadi.

Beliau berkata penunggang motosikal yang mengalami kecederaan ringan telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Katanya, kebakaran bas itu dapat dipadamkan sepenuhnya dengan operasi tamat pada 10.33 malam.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Climate pledges must translate into decisions and action – Sultan Nazrin

Climate change is already disrupting livelihoods across Asia, with shifting monsoons, warming seas and recurring heat threatening farmers, fishing communities and outdoor workers, Sultan of Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah said.

RM50m threshold risks penalising businesses that grow, says economist

Malaysia’s plan to exempt businesses with annual sales below RM50 million from the RM2,000 minimum wage could discourage expansion and investment, undermining efforts to raise productivity, an economist has warned.

Most Viewed

spot_img