the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

65 penduduk hilang tempat tinggal, 10 rumah terbakar di Kampung Likas

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KOTA KINABALU: Seramai 65 penduduk daripada 17 keluarga hilang tempat tinggal apabila 10 rumah yang didiami mangsa terbakar dalam kejadian di Kampung Likas di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 3.11 pagi tadi sebelum tiba enam minit kemudian.

Beliau berkata 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Lintas dengan bantuan sembilan anggota dari BBP Kota Kinabalu serta seorang anggota daripada BBP Penampang dikejarkan ke tempat kejadian.

“Anggota BBP Lintas menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari tanki jentera BBP Penampang, manakala anggota BBP Kota Kinabalu menggunakan sumber air dari jentera dan pili bomba berhampiran.

“Tiada mangsa cedera atau kemalangan jiwa dilaporkan. Api dapat dikawal pada 4.16 pagi dan operasi ditamatkan pada 6.49 pagi,“ katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cornell suspends frat parties after alleged gang rape

Cornell University suspends fraternity parties for the academic year following allegations of gang rape, launching an independent review and renewed investigation into the case

Most Viewed

spot_img