98 rakyat Malaysia terkandas di Nunukan, Indonesia tiba di Tawau

TAWAU: Seramai 98 rakyat Malaysia yang terkandas di Nunukan, Kalimantan Utara, Indonesia, semasa wabak Covid-19 tiba di sini hari ini, dengan menaiki feri ekspres.

Feri tersebut yang membawa 50 lelaki dan 48 perempuan berumur antara setahun hingga 82 tahun itu, tiba pada 10.20 pagi.

Tinjauan Bernama mendapati, mereka kesemua kemudian dibawa ke Institut Pendidikan Guru (IPG) Tawau di Balung, bagi tujuan kuarantin dan pemantauan. — Bernama