the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Ahmad Zahid: Tidak dijemput ke AGM parti lain bukan perkara baharu

SHAH ALAM: Tindakan sesebuah parti politik tidak menjemput pemimpin parti lain menghadiri mesyuarat agung parti berkenaan bukan suatu perkara baharu menurut Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata keputusan MIC tidak menjemput beliau atau mana-mana pemimpin parti lain termasuk daripada BN mungkin kerana kepimpinan tertinggi dan ahlinya mahu memberikan fokus untuk menyelesaikan beberapa isu penting berbangkit yang melibatkan parti itu.

“Mesyuarat Agung Tahunan kali ini mereka mahu menyelesaikan masalah dalaman mereka, tentunya kami beri ruang seluas-luasnya untuk mereka menyelesaikan masalah itu,” katanya semasa ditemui pada Ekspo Industri Sukan ASEAN 2025 di sini hari ini.

Ditanya jika BN bersedia sekiranya MIC memutuskan untuk keluar daripada gabungan itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata pihaknya terbuka dengan apa jua keputusan yang dibuat kepimpinan MIC.

“Kami terbuka, dulu kami ada 14 parti komponen dalam BN dan tidak ada paksaan sama ada untuk masuk atau keluar,” katanya.

Beliau menambah bahawa tentunya mereka akan buat sesuatu keputusan yang bijak bagi menentukan gabungan mana yang mereka akan sertai asalkan mereka tidak menyesal kemudian hari.

Presiden MIC SA Vigneswaran dilaporkan berkata sebelum ini parti itu tidak akan menjemput mana-mana pemimpin parti lain termasuk BN pada Mesyuarat Agung Tahunan yang akan diadakan pada 16 November depan.

Beliau berkata ia berikutan mesyuarat itu akan diadakan hanya selama sehari dan memfokuskan kepada hal-hal dalaman parti. – Bernama

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Hang Lung Enters the Next Phase in Its Sustainability Journey with Ambitious New Targets

HONG KONG SAR and SHANGHAI, CHINA - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Hang Lung Properties Limited (SEHK stock code: 00101) ("Hang Lung" or the "Company") today announces a new phase in its sustainability journey, unveiling 20 refreshed 2030 targets that build on its success in achieving its 25 x 25 Sustainability Targets.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories