the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
30.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

AIM salur RM1.48 bilion pembiayaan kepada 317,260 usahawan

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KOTA BELUD: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM1.48 bilion kepada 317,260 usahawan di seluruh negara dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata daripada jumlah itu RM178.14 juta telah disalurkan kepada 30,288 usahawan di Sabah.

“Bagi kawasan Kota Belud, AIM menyalurkan pembiayaan sebanyak RM15.57 juta melibatkan 1,935 usahawan manakala di Kadamaian sahaja sebanyak RM3.4 juta disalurkan kepada 1,312 usahawan.

“Saya berharap pembiayaan ini dapat diteruskan untuk menyokong usahawan informal dan usahawan kecil di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan selepas merasmikan Mini Karnival Sahabat Usahawan AIM di sini hari ini.

Pada majlis itu, turut diadakan penyampaian cek cura pembiayaan AIM berjumlah RM15.57 juta kepada Cawangan Kota Belud.

Ewon berkata setakat ini Sabah mencatatkan bilangan Sahabat AIM tertinggi iaitu 52,680 orang, termasuk 3,570 Sahabat AIM Cawangan Kota Belud.

Sementara itu, mengenai mini karnival tersebut beliau berkata ia sangat penting sebagai platorm mengeratkan silaturahim sesama Sahabat AIM selain menggalakkan usahawan kecil membudayakan pembayaran secara digital.

Karnival itu turut dimeriahkan dengan Jualan MADANI anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang menawarkan potongan harga hingga 20 peratus bagi barangan keperluan harian, selain pertandingan busana tradisional terbaik, dan pertandingan masakan tradisional Hinava.

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada Sahabat AIM yang berjaya merancakkan ekonomi mikro di daerah itu, serta mengiktiraf usaha AIM membantu wanita luar bandar keluar dari kemiskinan dan membina kejayaan sebagai usahawan kecil – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img