the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

AKPS akan operasi di 125 pintu masuk antarabangsa menjelang 2026

PUTRAJAYA: Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKPS) akan memperluas tanggungjawab pengoperasiannya di 125 pintu masuk antarabangsa di seluruh negara menjelang Januari tahun depan.

Ketua Pengarah AKPS Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata tindakan itu bagi memastikan sistem kawalan dan fasilitasi sempadan yang lebih seragam, bersepadu dan efisien.

Beliau menyatakan AKPS sedang melangkah ke fasa kedua pelaksanaan iaitu pengambilalihan baki pintu masuk antarabangsa yang masih aktif di seluruh negara.

Fasa ini dirancang untuk dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka selesai menjelang Januari 2026.

Sejak beroperasi di bawah Kementerian Dalam Negeri awal tahun ini, agensi itu menumpukan usaha memperkukuh integriti dan kecekapan operasi serta pembentukan arah tuju strategik.

Mereka juga memberi tumpuan kepada pelan pembangunan jangka panjang termasuk pengukuhan kapasiti sumber manusia.

Selepas mula beroperasi penuh pada 1 Januari lepas, AKPS telah mengambil alih fungsi dan jawatan daripada enam agensi teras di pintu sempadan dan pusat pemeriksaan negara.

Agensi teras tersebut ialah Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia, Kementerian Kesihatan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Dalam tempoh setahun, antara pencapaian utama agensi itu adalah merangka dan mewartakan Akta AKPS 2024 (Akta 860) serta memulakan operasi rasmi di 22 pintu masuk darat, laut dan udara di bawah fasa pertama pelaksanaan akta tersebut.

Selain itu, penyeragaman tatacara operasi dan pembangunan kompetensi pegawai bagi memperkukuh profesionalisme dan integriti agensi turut dilaksanakan.

Pada awal Oktober ini, seramai 1,053 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia diserapkan ke dalam AKPS menjadikan secara keseluruhan kekuatan anggota AKPS kepada 6,215 pegawai dan kakitangan.

Ini membawa cabaran baharu kerana tugasan pemeriksaan barangan di 22 pintu masuk secara operasi diserahkan kepada AKPS, satu tanggungjawab baharu bukan sahaja kepada AKPS tetapi kepada Kementerian Dalam Negeri secara amnya.

Bagi hala tuju jangka panjang, agensi itu kini menyiapkan Pelan Strategik AKPS yang akan menjadi panduan utama dalam memperkukuh struktur organisasi, memperluas operasi dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan.

Pelan strategik ini akan menggariskan lima agenda utama sebagaimana amanat Perdana Menteri iaitu fasilitasi perdagangan dan pelancongan, peningkatan hasil negara, penutupan ketirisan hasil kerajaan serta pengukuhan integriti dan profesionalisme pegawai.

AKPS turut memberikan keutamaan kepada pembangunan teknologi sempadan pintar melibatkan penggunaan sistem biometrik bersepadu, pengimbasan automatik kargo dan integrasi data masa nyata berasaskan kecerdasan buatan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Inomin Mines selected as one of Canada’s leading emerging critical minerals companies for largest-ever...

Inomin Mines has been selected to join Canada's largest-ever trade mission to Japan, highlighting its role in supplying critical minerals. The mission will support discussions on partnerships, investment, and supply chain opportunities for nickel, magnesium, cobalt, and platinum-group metals.

Wibmo Unveils Agentic Risk Intelligence Assistant – an AI Assistant for Financial Crime Operations

MUMBAI, INDIA - NewsVoir - 22 June 2026 - Wibmo, a PayU company and leading provider of payment security solutions, unveiled Wibmo Agentic Risk Intelligence Assistant (ARIA), an AI-powered platform designed to transform financial crime operations, at its flagship industry event 'Securing Digital Payments: Innovation, Intelligence & Trust' held at Jio World Convention Centre, Mumbai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings