the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Amirudin Shari janji terus bantu, perkasa komuniti India Selangor

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan terus membela dan memberdayakan masyarakat India di negeri ini bagi meningkatkan kualiti hidup komuniti berkenaan.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pihaknya sedang memuktamadkan Belanjawan Selangor 2026 dengan usaha memperkasa komuniti India antara perkara yang akan dipertimbangkan.

Beliau berkata baru-baru ini telah menyerahkan bantuan persekolahan kepada 873 sekolah di seluruh negeri termasuk 98 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

“Daripada jumlah itu, 98 SJKT menerima bantuan berjumlah RM5 juta bagi memantapkan kemudahan serta fasiliti pembelajaran,“ katanya dalam perutusan Deepavali 2025.

“Ini kerana saya mahu semua pelajar di Selangor belajar dalam keadaan selamat dan selesa, termasuk pelajar di sekolah-sekolah Tamil.”

Amirudin turut mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada komuniti Hindu dan Sikh di Selangor.

Beliau berkata kepelbagaian masyarakat di Selangor merupakan keunikan yang menjadi asas kejayaan negeri itu.

Dalam usaha Selangor bersaing dengan negeri maju di Asia, tumpuan akan terus diberikan kepada pendidikan sebagai kunci utama.

Beliau menekankan pendidikan penting untuk memastikan generasi muda memperoleh pekerjaan berkualiti.

“Bagi yang pulang ke kampung halaman di luar negeri, saya mendoakan perjalanan pergi dan pulang anda semua selamat,“ katanya.

Beliau mengajak semua menikmati detik perayaan ini bersama sahabat dan keluarga tersayang. – Bernama

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Hang Lung Enters the Next Phase in Its Sustainability Journey with Ambitious New Targets

HONG KONG SAR and SHANGHAI, CHINA - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Hang Lung Properties Limited (SEHK stock code: 00101) ("Hang Lung" or the "Company") today announces a new phase in its sustainability journey, unveiling 20 refreshed 2030 targets that build on its success in achieving its 25 x 25 Sustainability Targets.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories