the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, February 5, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Anwar gesa pembinaan Kota MADANI dipercepat sebagai model bandar

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerja-kerja pembinaan Kota MADANI disegerakan bagi menjadikannya model pembangunan bandar berteraskan nilai kemanusiaan, kelestarian dan kemajuan teknologi.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menyatakan telah mengusulkan kepada Putrajaya Holdings untuk mempercepat projek yang dilancarkan pada 26 Jun lepas.

Anwar mengucapkan terima kasih kepada Perbadanan Putrajaya atas kerjasama penuh mempercepat proses kelulusan projek berkenaan.

“Mudah-mudahan kita dapat lihat dalam masa singkat … yang saya tidak boleh tolak ansur ialah kalau (pembinaan) lambat, jadi kita (mahu pembinaan yang) cepat.”

Beliau menegaskan kini tinggal menunggu Putrajaya Holdings untuk memberikan kelulusan muktamad bagi memulakan pembinaan sepenuhnya.

Projek pembangunan Kota MADANI di Presint 19 merupakan inisiatif mega berkonsepkan bandar pintar yang mesra rakyat dan alam sekitar.

Projek bernilai RM4 bilion itu dibangunkan oleh Putrajaya Holdings menerusi model kerjasama awam-swasta berkonsepkan bina, pajak, selenggara dan pindah.

Pembangunan ini dilaksanakan tanpa melibatkan peruntukan kerajaan pada peringkat awal pelaksanaannya.

Perdana Menteri turut memuji Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan yang mendapat pujian pemimpin luar negara.

Beliau berkata pemimpin antarabangsa kagum dengan perancangan dan pelaksanaan pembangunan Putrajaya termasuk keindahan dan identiti uniknya.

Anwar merakamkan penghargaan kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas sumbangan menggerakkan pelaksanaan projek Putrajaya sebelum ini.

Beliau mengakui wujud keresahan dalam kalangan penjawat awam pada peringkat awal untuk berpindah dari Kuala Lumpur ke Putrajaya.

“Tetapi, apabila mereka saksikan kemudahan dan dengan masjidnya, kemudahan sekolah, prasarana, hospital dan sebagainya, hal itu (membuatkan mereka) lebih tertarik untuk berpindah.”

Penglibatan sektor swasta dalam pembinaan hospital swasta di Putrajaya dijangka menaikkan nama pusat pentadbiran kerajaan ke persada antarabangsa.

Anwar menegaskan pembangunan bandar seharusnya menerapkan nilai manusiawi, lestari, hijau dan berkonsepkan bandar pintar. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Hoe Yean and Cheong Min top SEA Games 2025 SHAKAM incentive list

Swimming champion Khiew Hoe Yean and wushu queen Tan Cheong Min are the highest-earning national athletes from the SEA Games 2025 SHAKAM incentives, with hockey receiving the largest team payout.

Most Viewed

Sipzz Opens Second Flagship Store at Paradigm Mall, Johor Bahru

JOHOR BAHRU, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 4 February 2026 - Following the success of its first flagship store at Paradigm Mall, Petaling Jaya, Sipzz, the Gen‑Z lifestyle tumbler brand, is opening its second flagship store at Paradigm Mall, Johor Bahru.

Daimler Buses teams up with FEV to launch the first hydrogen-powered Setra demonstrator vehicle

Daimler Buses and FEV jointly carried out the complete system transformation from diesel drive to fuel cell electric vehicle. After creating the overall vehicle concept, FEV took over the mechanical and E/E integration.
spot_img

Popular Categories