Wednesday, November 5, 2025
21.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Aplikasi eCOSS larang warga asing beli minyak masak bersubsidi

The Sun Berita

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang memperluas penggunaan sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) ke aplikasi mudah alih bagi memantau pengagihan minyak masak bersubsidi. Langkah ini bertujuan memastikan bantuan 60,000 tan metrik sebulan hanya dinikmati rakyat tempatan, terutamanya golongan B40.

Menteri KPDN Datuk Armizan Mohd Ali berkata, aplikasi ini dibangunkan bagi memantau keseluruhan rantaian bekalan, dari pengagihan hingga pembelian. “Kita boleh pantau data melalui aplikasi ini, termasuk siapa pembeli, jumlah pembelian, dan lokasi jualan,“ katanya semasa menggulung perbahasan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) di Dewan Rakyat hari ini.

Aplikasi eCOSS juga akan disambungkan dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengelakkan pembelian oleh warga asing. “Ramai Ahli Parlimen mencadangkan larangan pembelian oleh warga asing. Dengan aplikasi ini, kita boleh laksanakan langkah itu,“ jelas Armizan.

Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju menyertai projek rintis aplikasi ini. Beberapa Ahli Parlimen sebelum ini membangkitkan isu ketirisan dalam sistem eCOSS, termasuk Tan Kar Hing (PH-Gopeng) yang mencadangkan subsidi ditukar kepada bantuan bersasar melalui e-baucar menggunakan Pangkalan Data Utama (PADU).

Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) pula menekankan keperluan menguatkuasakan larangan penjualan minyak masak bersubsidi kepada warga asing bagi mengelakkan penyelewengan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Shopee Kicks Off 11.11 Big Sale with Shopee House and Shopee Superstar Awards 2025

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 4 November 2025 - On 1 and 2 November 2025, Shopee Malaysia brought together top creators, brands, and partners for a two-day showcase of creativity and community through Shopee House and the Shopee Superstar Awards 2025, powered by Proton Malaysia and La Roche-Posay.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img