the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Asia perlu teraju orde ekonomi dunia baharu, tulis semula lembaran agenda sendiri – PM Anwar

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

TIANJIN: Asia perlu menerajui era orde ekonomi global seterusnya dengan menulis semula lembaran agenda sendiri dan pada masa sama menentukan hala tuju masa depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menekankan perkara itu berkata kalangan negara Asia perlu memikul tanggungjawab untuk memastikan lembaran seterusnya turut ditentukan juga oleh Asia.

Beliau berkata landskap ekonomi global masa kini yang dipenuhi dengan gangguan berterusan dan kebimbangan serta pemecahan yang semakin ketara seharusnya dijadikan peluang untuk memperkukuh kerjasama antara negara.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata tugas Asia adalah untuk memastikan gangguan yang berlaku pada masa kini menjadi permulaan kepada perpaduan yang lebih adil — bukan sebagai mukadimah kepada perpecahan yang lebih parah.

“Asia merupakan enjin pertumbuhan global, tempat bagi majoriti anak muda dunia, dan pusat bagi kebanyakan teknologi yang paling dinamik.

“Kita bukan sekadar objek dalam strategi pihak lain. Kita ialah penentu kepada takdir kita sendiri,” kata beliau ketika menyampaikan syarahan umum di Universiti Tianjin di sini, pada Isnin – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img