the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
30.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bapa, anak perempuan maut dalam nahas di Keningau

KOTA KINABALU: Seorang bapa dan anak perempuannya berusia empat tahun maut dalam kemalangan melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dan pacuan empat roda di Jalan Apin-Apin, Keningau, tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata mangsa dikenali sebagai Masino Gelong, 45, dan Claeryina Mecthildis Masino, 4.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada 12.22 tengah malam sebelum 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Keningau tiba ke tempat kejadian 17 minit kemudian.

Isteri mangsa berusia 33 tahun dan empat anaknya berusia 2 hingga 11 tahun mengalami kecederaan parah, manakala tiga dewasa berusia 31 hingga 40 tahun dalam pacuan empat roda hanya cedera ringan.

“Pegawai perubatan mengesahkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan selanjutnya,“ katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan pukul 2.30 pagi,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Generative AI guidelines help universities manage technology use

MOHE Deputy Minister Adam Adli Abdul Halim said following the guidelines, universities had developed their own guidelines and standard operating procedures (SOPs) based on the framework provided by the ministry to ensure generative AI was used ethically.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings