the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 10, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bas percuma mudahkan mobiliti pelancong Tahun Melawat Johor 2026

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri akan menyediakan perkhidmatan bas percuma bagi memudahkan pergerakan pelancong yang berkunjung ke bandaraya Johor Bahru sempena Tahun Melawat Johor 2026.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kemudahan itu turut bertujuan memberi keselesaan kepada pelancong selain memastikan pergerakan mereka lebih lancar meskipun beberapa projek pembangunan sedang dijalankan di kawasan terbabit.

Beliau menegaskan kerja pembinaan di bandar ini adalah sebahagian daripada pembangunan dan tidak menjadi kekangan kepada kedatangan pelancong.

Onn Hafiz berkata pelbagai kerja menaik taraf jalan raya dan kemudahan pelancongan sedang dilaksanakan sebagai persediaan menerima kehadiran pelancong sempena kempen berkenaan.

Beliau turut menyatakan pergerakan keluar masuk pelancong di pintu sempadan dijangka lebih lancar dengan penggunaan teknologi seperti sistem kod respons pantas di kaunter imigresen.

Dua ekor harimau belang spesies Panthera Tigris yang dilahirkan di Zoo Johor, iaitu Cuping dan Jucy, dipilih sebagai maskot rasmi Tahun Melawat Johor 2026.

Slogan “Meh Lah Johor!” turut diumumkan sebagai tagline rasmi kempen, menggambarkan ajakan mesra rakyat Johor yang mengalu-alukan kedatangan pelancong. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Booster Pack 09 “Here He Comes! Our Hero!” & Starter Deck 04 “Ultraman &...

Tsuburaya Productions will release Booster Pack 09 and Starter Deck 04 for the Ultraman Card Game on October 23, 2026. The milestone launch introduces the original Showa Ultraman, Ultraman Cosmos, the new Color System and Boost Cards to celebrate the game's second anniversary.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings