the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Belanjawan 2025: Kelantan harap RM1.3b untuk pertanian

KOTA BHARU: Kelantan berharap Kerajaan Persekutuan dapat memberikan peruntukan sekurang-kurangnya RM1.3 bilion untuk mengatasi isu ketidakcukupan bekalan air bagi sektor pertanian dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 18 Okt ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri Datuk Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata jumlah itu diperlukan bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah bekalan air, tetapi juga supaya Sungai Kelantan dapat digunakan di kawasan ladang dan sawah padi yang berdekatan.

“Mungkin satu sistem yang sistematik boleh dibangunkan di Sungai Kelantan untuk tujuan ini (masalah bekalan air). Walaupun ia merentangi sungai, namun ia tidak bercanggah dengan enakmen negeri dan kanun tanah negara,“ katanya ketika ditemui oleh Bernama baru-baru ini.

Pengerusi Pesawah-Pesawah Kelantan Zuha Ismail, 51, berkata isu ketidakcukupan bekalan air, terutamanya kepada sektor pertanian, diharap dapat diselesaikan memandangkan ia telah membebani sekitar 7,100 pesawah selama lebih 20 tahun.

Katanya isu berkenaan bukan sahaja menjejaskan pengeluaran hasil tanaman, malah ada dalam kalangan mereka yang terpaksa membuat pinjaman untuk kelangsungan hidup serta pembayaran balik hutang jentera yang telah dibeli.

“Rata-rata pesawah di kawasan Bachok bergantung kepada pam kemubu, sekiranya pam tersebut bermasalah, ia akan memberi kesan kepada pesawah.

“Malah, pada Disember tahun lalu, pam kemubu itu mengalami masalah kebocoran yang menjejaskan tanaman sehingga mencecah 90 peratus,“ katanya.

Pengerusi Pekebun Kecil Tanah Gambut Kampung Kual Asli di Bachok Mat Deris, 64, berkata majoriti pekebun dan pesawah di kawasannya menggunakan sumber sungai berdekatan serta hujan untuk hasil tanaman. Namun, apabila tiba musim kemarau sekitar bulan Februari hingga Mei, ia akan memberi masalah kepada mereka kerana bekalan air kurang mencukupi.

“Isu bekalan air ini akan menjejaskan golongan seperti kami, terutamanya ketika menjelang musim kemarau, sehingga menyebabkan kerugian hampir jutaan ringgit terhadap kira-kira 100 pesawah di kawasan ini.

“Saya harap kerajaan dapat memberi tumpuan serta peruntukan yang sewajarnya untuk meningkatkan bekalan air, khususnya bagi sektor pertanian di Kelantan, sekali gus dapat meningkatkan pengeluaran sumber makanan dan ekonomi negara,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings