the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Belanjawan 2026: Kerajaan perkenal status ABE sokong syarikat tempatan di ASEAN

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkenalkan status Entiti Perniagaan ASEAN (ABE) yang diselaras Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk memudah cara pergerakan bakat mahir.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata status itu menyokong pertumbuhan syarikat Malaysia di ASEAN dengan memberi keistimewaan kepada syarikat senaraian awam yang memiliki jejak pasaran meluas.

Beliau menyatakan status ABE juga diberikan kepada syarikat pertengahan yang berpotensi mengembangkan operasi mereka di rantau ini.

Penubuhan ABE mula dicadangkan oleh Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN Malaysia Tan Sri Nazir Razak bagi memupuk syarikat yang bukan bersifat tempatan atau global.

Nazir berkata syarikat yang diperakui sebagai ABE boleh menikmati insentif serta keistimewaan yang diberikan oleh negara anggota termasuk akses pasaran yang lebih besar.

Anwar turut mengumumkan kejayaan besar Skim Insentif Pejabat Keluarga Tunggal untuk Zon Kewangan Khas Forest City dengan enam Pejabat Keluarga diluluskan.

“Aset di bawah pengurusan mencecah hampir 400 juta ringgit dalam tempoh kurang setahun dengan 30 lagi Pejabat Keluarga menyatakan minat,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026.

Beliau menyasarkan Malaysia mencapai dua bilion ringgit aset di bawah pengurusan pada penghujung 2026.

Anwar juga berkata Investor Pass yang diterajui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia menyediakan kemudahan Multiple Entry Visa sehingga 12 bulan kepada pelabur asing.

“Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia akan lebih proaktif menawarkan Investor Pass kepada syarikat multinasional dan bakal pelabur dalam sektor utama.

“Residence Pass–Talent Fast Track diteruskan untuk memastikan bakat-bakat diuruskan secara pantas dan teratur,” tambahnya.

Mulai suku pertama 2026, Kerangka Insentif Baharu Berasaskan Keberhasilan akan dilaksanakan sepenuhnya bagi sektor perkilangan.

Sektor perkhidmatan akan mengikuti pelaksanaan kerangka insentif baharu itu pada suku kedua 2026. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bracell welcomes Fernando Branco’s appointment to lead ABAF and reinforces commitment to sustainable forestry...

Bracell has welcomed Fernando Branco's appointment as ABAF president, reaffirming its commitment to sustainable forestry, responsible governance and environmental stewardship while supporting collaboration, biodiversity conservation and long-term development of Bahia's forestry sector.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings