the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Belia digalak ceburi industri nanas berpotensi tinggi – LPNM

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

JOHOR BAHRU: Golongan belia diseru mengambil peluang menceburi industri nanas yang semakin berkembang dan menjadi antara penyumbang penting sektor agromakanan negara.

Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Sheikh Umar Bagharib Ali berkata penglibatan golongan itu dilihat mampu menyuntik idea baharu bagi memajukan industri dan sektor berkenaan ke tahap lebih tinggi.

“Penglibatan anak muda mampu menjana pendapatan lumayan buat mereka (yang mengusahakan tanaman nanas), selain dapat menyuntik idea baharu untuk memajukan industri ini khususnya dari aspek teknologi termasuk berasaskan Internet Benda (IoT), mekanisasi dan pendekatan moden,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Nanas Malaysia 2025 di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Sheikh Umar turut mengulangi hasrat LPNM untuk menyasarkan pendapatan RM10,000 bagi pekebun nanas pada Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Beliau berkata berdasarkan data tidak rasmi oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), industri nanas pada tahun ini dijangka memberi pulangan mencecah RM8,000 kepada pekebun.

Mengenai program hari ini, beliau berkata Sambutan Hari Nanas Malaysia bertemakan ‘Nanas Kita, Kebanggaan Kita’ itu merupakan acara yang julung kali diadakan dan bertepatan dengan sambutan Hari Nanas Sedunia yang disambut pada 27 Jun setiap tahun.

Beliau berkata acara itu antara lain bertujuan meraikan pekebun nanas dan pemain industri serta memperingati lembaga itu yang telah wujud sejak 1957.

“Diharapkan sambutan hari ini akan dapat menyemarakkan lagi sektor agromakanan. Walaupun bukan makanan ruji nanas mampu menyumbang kepada imbangan dagangan sektor makanan negara yang ketika ini memperlihatkan paras import melebihi eksport,” katanya sambil memaklumkan acara itu akan diadakan secara dwitahunan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysia laying the foundation for an AI-powered economy by 2030

Malaysia's ambition to become an artificial intelligence (AI) nation has shifted to a more critical phase as the country moves from implementing digital policies to executing them across businesses, government agencies, industries, and the wider economy.

MOH plans separate quota for permanent dental, pharmacy officers

The Ministry of Health (MOH) will recommend absorbing contract dental and pharmacy officers into permanent positions for the consideration of the Ministry of Finance and the Cabinet, in an effort to ensure the future and welfare of these groups are safeguarded.

Most Viewed

spot_img