the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bernama, PERKESO diminta teliti bentuk bantuan untuk petugas media – Fahmi

GEORGE TOWN: Kementerian Komunikasi meminta Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) mengadakan perbincangan lanjut dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi meneliti bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada petugas media mengikut keperluan dan risiko tugasan masing-masing.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata perbincangan itu penting memandangkan kerjaya dalam bidang kewartawanan melibatkan pelbagai pengkhususan dan bentuk tugasan berbeza sekali gus mewujudkan keperluan keselamatan sosial yang khusus.

“Saya juga melihat dalam isu melibatkan aspek keselamatan sosial bagi para pekerja bidang kewartawanan, saya minta supaya pihak Bernama mengadakan perbincangan dengan pihak PERKESO kerana kita dapati bila sebut wartawan, sebenarnya banyak ada wartawan dari pelbagai pengkhususan dan juga bentuk pekerjaan yang mungkin berbeza.

“Bukan satu deskripsi tugas yang sama dan bagi rakan-rakan jurugambar dan jurukamera, mereka perlu memikul peralatan yang agak berat, jadi mungkin mengalami masalah bahu dan juga slip disc manakala bagi yang bertugas di lapangan, contoh mereka mungkin berdepan risiko keadaan cuaca dan kemalangan,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada wartawan Kwong Wah Yit Poh, Choo Kar Chun, 44, yang mengalami masalah kurang pendengaran sejak Oktober 2024.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang agensi berita berkenaan Arul Rajoo Durar Raj.

Choo adalah penerima ke-500 Tabung Kasih@HAWANA dan ke-22 di Pulau Pinang, yang disalurkan kepada pengamal media di seluruh negara sejak inisiatif itu diperkenal pada 2023 di bawah Kementerian Komunikasi dan dilaksanakan menerusi Bernama.

Fahmi berkata pihaknya turut mempertimbangkan bantuan tambahan kepada Choo bagi menggantikan alat bantuan pendengaran yang kini memerlukan peranti lebih sensitif untuk membantu beliau menjalankan tugas dengan lebih baik.

Katanya beliau dimaklumkan bahawa kemerosotan pendengaran Choo mungkin ada kaitan dengan bidang tugasnya yang banyak mendengar rakaman audio wawancara dan sidang media secara berulang.

“Saya juga akan hubungi Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong untuk melihat sekiranya PERKESO juga dapat membantu,” katanya.

Sementara itu, Fahmi berkata pihaknya juga komited memperkukuh kerjasama dengan kelab media di seluruh negara dalam usaha memastikan bantuan segera dapat disalurkan kepada pengamal media yang memerlukan menerusi Tabung Kasih@HAWANA.

Beliau berkata walaupun tiada kuota tahunan bagi jumlah penerima atau dana yang diagih, pendekatan lebih fleksibel dan berteraskan keperluan akan diguna pakai bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan sasar dengan lebih efisien.

“Untuk dua tahun kebelakangan ini, sebanyak RM2 juta telah diperuntukkan di bawah Tabung Kasih@HAWANA dan sehingga kini, seramai 500 penerima telah mendapat manfaat daripadanya dan saya akan berbincang dengan pihak pengurusan Bernama berhubung baki dana sedia ada serta usaha untuk menambah semula dana bagi kesinambungan tabung tersebut.

“Kita juga tidak meletakkan sebarang kuota tetap namun saya telah memberi komitmen kepada kelab-kelab media gabungan bahawa jika terdapat kes-kes tertentu di peringkat negeri, mereka boleh berhubung terus dengan Bernama untuk mendapatkan bantuan segera,” katanya.

Inisiatif Tabung Kasih@HAWANA yang dilancarkan sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 menjadi wadah keprihatinan Kerajaan MADANI dalam menzahirkan nilai ihsan, empati dan penghargaan terhadap sumbangan pengamal media – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Uprising stars tee off at PGM Penang Closed Championship

During the Monday Qualifier today, Afdlin Mikhail and Zubair Firdaus top the leaderboard at one under par (-1). Another eight players earned their spot to play in this week Championship.

HK Government’s Talent Admission Schemes Accelerate Demand in International Education Market: For You Education...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - As the Hong Kong government's various talent admission schemes continue to deepen, a significant wave of high-achieving elite families has settled in the city.

Hong Kong unlocks new opportunities with Central Asia

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Led by Chief Executive of the Hong Kong Special Administrative Region (HKSAR), John Lee, a high-level delegation visit to Kazakhstan and Uzbekistan (May 31 - June 5) is already paying dividends, forging fresh opportunities to deepen ties between Central Asia, Hong Kong and the Chinese Mainland.

Sow Fertility’s Medical Advisor Prof. Liona Poon Honoured as a JESSICA Most Successful Woman...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Sow Fertility, a Hong Kong-based fertility and family-building benefits platform, congratulates its Medical Advisor, Professor Liona Poon, on being named one of JESSICA's Most Successful Women 2026, an annual recognition celebrating women across Hong Kong and Asia whose leadership is reshaping their industries.

NAMAA Emerges from Stealth with 150 Facilities and a Long-Term Commitment to Middle East...

DUBAI, UNITED ARAB EMIRATES - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 – NAMAA, a real estate technology group that builds infrastructure to scale food delivery and production and a part of the wider ATOMS Group, has publicly introduced its Middle East food infrastructure portfolio.

Blending Heritage and Innovation, China’s Shangcheng District Hums with Dynamic Vitality

HANGZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - On June 1, the Google Cross-border E-commerce Acceleration Center announced its upcoming settlement in Shangcheng District, Hangzhou City, east China's Zhejiang Province.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings