the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Cik Ning kreatif hasilkan hampir 100 jenis produk berasaskan batik

KUALA TERENGGANU: Bermula sebagai hobi, seorang suri rumah menjadikan minat menjahit sebagai sumber pendapatan dengan menghasilkan hampir 100 jenis produk kraf berasaskan batik.

Noraini A. Ghani, 46, dari Kampung Banggol Donas di sini berkata menceburi bidang perusahaan kraf sembilan tahun lepas selepas meninggalkan kerjaya dalam sektor perbankan untuk memberi tumpuan kepada keluarga.

Pada awalnya, Noraini yang mesra dengan panggilan Cik Ning hanya menghasilkan tote bag atau beg jinjing untuk mengisi masa lapang yang dihadiahkan kepada rakan dan keluarga terdekat.

“Selepas berhenti kerja banyak masa terluang untuk melayari laman sesawang dan media sosial. Idea menghasilkan tote bag timbul selepas melihat banyak beg seperti itu di pasaran tetapi tiada bermotifkan batik,” katanya kepada Bernama di kediamannya hari ini.

Noraini tidak menyangka hasil tangannya mendapat perhatian sehingga ramai membuat tempahan kerana keindahan motif batik menjadikan produk Crafted By Cik Ning berbeza dan lebih istimewa berbanding produk di pasaran pada waktu itu.

Bertitik tolak dari situ dan dengan sokongan penuh suami, Noraini yang juga pernah bekerja sebagai wartawan sebuah syarikat penerbitan, menjadi lebih bersemangat dan kreatif untuk menghasilkan pelbagai produk kraf batik.

“Antara produk dihasilkan ialah tali leher, beg duit, sarung telefon bimbit, beg silang, beg galas, kasut, alas meja, beg komputer riba dan jaket.

“Harga ditawarkan antara RM10 hingga RM300. Selain tempahan, saya juga menjual secara dalam talian bagi memudahkan pelanggan yang jauh atau dari luar negara membeli,” katanya yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia tahap tiga.

Noraini berkata usahanya mendapat sokongan agensi kerajaan termasuk Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang memberi bantuan seperti geran untuk mesin jahit RM10,000 dan produk pembungkusan iaitu beg kertas tertera jenama Cik Ning.

“Saya juga berterima kasih kerana RISDA bersusah payah mendapatkan cap dagang Craft By Cik Ning oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO),” katanya yang sering menghadiri kursus pemantapan kemahiran bagi meningkatkan potensi perniagaan.

Selain itu, Noraini sering dijemput sebagai tenaga pengajar untuk kursus pendek di Kolej Komuniti Kuala Terengganu dan Kraftangan Negeri Terengganu.

“Alhamdulillah keputusan untuk berhenti kerja bagi memberi tumpuan kepada keluarga tidak sia-sia kerana dapat memiliki perniagaan sendiri walaupun secara kecil-kecilan,” katanya- BERNAMA

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Hang Lung Enters the Next Phase in Its Sustainability Journey with Ambitious New Targets

HONG KONG SAR and SHANGHAI, CHINA - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Hang Lung Properties Limited (SEHK stock code: 00101) ("Hang Lung" or the "Company") today announces a new phase in its sustainability journey, unveiling 20 refreshed 2030 targets that build on its success in achieving its 25 x 25 Sustainability Targets.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories