the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
26.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua rakan didakwa samun lelaki warga India

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Dua rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyamun wang tunai RM300 dan sebuah telefon bimbit milik seorang lelaki warga India, minggu lepas.

Mohd Fadhil Ghani, 32, dan M. Elanggovan, 52, didakwa bersama-sama melakukan samun terhadap Sandeep Singh dengan merampas wang tunai RM300 dan sebuah telefon bimbit jenama Iphone 11 Pro di tepi jalan di hadapan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pudu di sini pada 10.15 malam, 11 Mac lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed Ayub memohon jaminan RM15,000 bagi setiap tertuduh, namun kedua-dua lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan kerana mereka mempunyai tanggungan keluarga.

Hakim Norina Zainol Abidin membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 April ini untuk sebutan semula kes.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cornell suspends frat parties after alleged gang rape

Cornell University suspends fraternity parties for the academic year following allegations of gang rape, launching an independent review and renewed investigation into the case

Sanjay credits preparation for Asian Games triumph

The 27-year-old credited his Master of Science (MSc) in High Performance Sport with giving him a fresh perspective on the game and a better understanding of how to prepare for major competitions.

Most Viewed

spot_img