the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua warga emas maut, bayi cedera dalam kemalangan di Kota Tinggi

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KOTA TINGGI: Dua lelaki warga emas maut manakala sembilan lagi termasuk bayi berusia tujuh bulan cedera ringan dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan berhampiran Felda Pasak, Jalan Desaru-Kota Tinggi di sini petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.17 petang, sebelum tiba di lokasi 11 minit kemudian dengan kekuatan enam anggota dan sebuah jentera FRT.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, didapati kemalangan melibatkan lima buah kenderaan iaitu Toyota Corolla, Perodua Axia, lori Hino, Proton Saga dan Perodua Bezza.

“Terdapat 11 mangsa terlibat dalam kejadian itu, termasuk dua lelaki warga emas berusia 69 dan 74 tahun yang menaiki Toyota Corolla. Mereka didapati tersepit di dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sembilan lagi mangsa berusia antara tujuh bulan hingga 52 tahun mengalami kecederaan ringan dan telah keluar dengan sendiri daripada kenderaan yang dinaiki, sebelum pasukan bomba tiba, serta telah menerima rawatan awal oleh pihak KKM.

“PKO bertindak mengeluarkan kedua-dua mangsa tersepit menggunakan peralatan khas sebelum menyerahkan kepada pihak KKM dan polis untuk tindakan lanjut.

“Setelah selesai mengeluarkan mangsa, PKO memastikan kawasan selamat dan tiada lagi mangsa terlibat, operasi ditamatkan pada jam 5.47 petang,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysia laying the foundation for an AI-powered economy by 2030

Malaysia's ambition to become an artificial intelligence (AI) nation has shifted to a more critical phase as the country moves from implementing digital policies to executing them across businesses, government agencies, industries, and the wider economy.

MOH plans separate quota for permanent dental, pharmacy officers

The Ministry of Health (MOH) will recommend absorbing contract dental and pharmacy officers into permanent positions for the consideration of the Ministry of Finance and the Cabinet, in an effort to ensure the future and welfare of these groups are safeguarded.

Most Viewed

spot_img