the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Empat lelaki bertopeng guna senjata api samun kedai emas di Kajang

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Polis memburu empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun menggunakan senjata api membabitkan sebuah kedai emas di pusat beli-belah di Kajang dekat sini petang Isnin (Jun 17).

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintenden Mohamad Nasir Drahman berkata siasatan awal mendapati suspek yang memakai topeng dan berpakaian seperti pengawal keselamatan serta bersarung tangan masuk ke premis itu yang terletak di tingkat satu pada 3.17 petang.

“Suspek bertindak memecahkan cermin kaca tempat simpanan emas menggunakan tukul besi sebelum mengambil barang kemas.

“Suspek turut dipercayai membawa dua pucuk pistol serta selaras senapang dan semasa kejadian, suspek telah melepaskan satu das tembakan ke arah dinding premis sebelum melarikan diri melalui tempat letak kenderaan di bawah bangunan,” menurutnya dalam kenyataan.

Beliau berkata jumlah kerugian masih disiasat dan pihaknya sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup selain mengambil keterangan saksi untuk siasatan selanjutnya di bawah Seksyen 3 Akta Senjatapi 1971 (Penalti Lebih Berat).

Mohamad Nasir juga berkata orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat iaitu ASP Mohd Afiq Farhan Mohd Nor di talian 012-244 6768.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img