the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, February 5, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Enam remaja bawah umur ditahan kes buli jalan raya di Puchong

KUALA LUMPUR: Enam remaja bawah umur antara sembilan individu ditahan bagi membantu siasatan kes buli jalan raya melibatkan sekumpulan penunggang motosikal terhadap seorang pemandu kereta Perodua Myvi.

Kejadian berlaku berhampiran Plaza Tol Batu 13, Puchong, Selangor awal pagi Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Muhamad Farid Ahmad berkata kesemua lelaki berusia 13 hingga 21 tahun itu ditahan di sekitar Puchong dan Shah Alam pada Ahad dan semalam.

“Polis turut merampas tiga motosikal yang digunakan semasa kejadian,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi tadi dan dibenarkan reman empat hari hingga Jumaat ini.

Polis sebelum ini menerima laporan daripada seorang pengawal keselamatan berusia 52 tahun pada 10.04 malam Ahad lepas berhubung kejadian yang berlaku pada 4 pagi hari sama.

Mangsa bersama rakannya sebelum itu dilaporkan telah berhenti di bahu jalan untuk membuat panggilan telefon apabila seorang daripada kumpulan lelaki bermotosikal yang turut berada di situ telah bertanyakan sama ada ada mereka anggota polis.

“Mangsa yang tidak menjawab soalan itu terus beredar namun kenderaan mereka telah diekori oleh kumpulan bermotor berkenaan sambil meminta mangsa berhenti.

Kenderaan mangsa turut ditendang hingga menyebabkan kerosakan,“ katanya.

Muhamad Farid berkata kes disiasat mengikut Seksyen 279 dan 427 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar memandu secara berhemah serta menyalurkan maklumat berkaitan jenayah kepada pihak polis.

Sebelum ini, tular video di Facebook memaparkan kejadian sebuah Perodua Myvi dikepung kira-kira 20 penunggang motosikal yang bergerak rapat di kedua-dua sisi kereta itu serta cuba menghalang laluan berhampiran plaza tol berkenaan.

Seorang daripada mereka juga dilihat menumbuk cermin bahagian pemandu sebelum menendang pintu, menyebabkan mangsa memperlahankan kereta bagi mengelak insiden lebih buruk. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

No compromise on LCS project specifications and safety

Deputy Defence Minister Adly Zahari assures no safety or technical standards will be lowered for the delayed Littoral Combat Ship project ahead of handover to the navy.

Most Viewed

Dah Sing “328 Business Banking” Launches the “Dah Sing Business Multi-Currency Mastercard Debit Card”

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 5 February 2026 - Dah Sing Bank, Limited ("Dah Sing Bank") launched the new Dah Sing Business Multi-Currency Mastercard Debit Card, designed exclusively for customers of its "328 Business Banking" services.

US charges 11 in Chinese sham marriage and bribery scheme

A total of 11 individuals face charges for a sham marriage and bribery conspiracy to fraudulently obtain US residency for Chinese nationals, involving military personnel.

UBS to Debut Chan Wai Lap’s New Immersive Installation at Art Basel Hong Kong 2026

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 4 February 2026 – As Global Lead Partner, UBS proudly presents the 2026 edition of Art Basel Hong Kong, 27-29 March 2026, drawing together collectors, curators, artists and art enthusiasts from around the world to the Hong Kong Exhibition and Convention Center.
spot_img

Popular Categories