the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Gabungan ilmu hafazan al-quran, tvet buka ruang lebih luas – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Gabungan ilmu hafazan al-Quran dengan kemahiran teknikal dan vokasional tidak hanya menjadikan para huffaz lebih versatil, malah membuka ruang lebih luas untuk mereka menyumbang secara aktif kepada kemajuan agama, bangsa dan negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Forum Perdana Ehwal Islam dengan tajuk ‘Membangun Generasi Huffaz Berkemahiran’ yang berlangsung malam tadi sempena sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2025 telah membuka dimensi baharu tentang masa depan generasi al-Quran itu.

“Saya senada dengan pandangan para panel yang menekankan keperluan menjadikan TVET sebagai fardu kifayah kerana ia merupakan satu tuntutan masyarakat dalam membangunkan ummah pada masa kini. Malah, saya juga bersetuju sepenuhnya dengan kenyataan bahawa “agama tidak pernah memisahkan antara kilang, bengkel dan masjid”.

“Apa yang lebih membanggakan, saya melihat majoriti yang hadir malam tadi adalah daripada golongan anak muda. Ini membuktikan bahawa minat terhadap pendekatan pendidikan yang seimbang semakin subur dalam kalangan generasi baharu,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata pihaknya akan terus memperkasakan inisiatif itu agar dapat melahirkan lebih ramai huffaz berkemahiran yang bukan sahaja celik wahyu, tetapi juga cekap mengurus realiti.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan sambutan Hari TVET Negara 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, Melaka yang berlangsung selama tiga hari berakhir hari ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Oxford Innotech secures second data centre contract worth RM4.8mil

Oxford Innotech Bhd (OXB) has secured a second data centre contract worth RM4.8 million within three weeks from the same Australia-based client, via its subsidiary CG Solutions Enterprise Sdn Bhd. The project involves supplying critical steel infrastructure and precision metal components for an advanced airflow management system, with the end user being one of the world’s largest cloud and e-commerce platforms. With this latest win, OXB’s total data centre-related contract value now stands at RM9.6 million, with completion expected by end-2026.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories