the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gunung Lewotobi meletus di Indonesia, amaran keselamatan dikeluarkan

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

GUNUNG LEWOTOBI: Letusan kuat Gunung Lewotobi Laki-Laki di Flores Timur, Indonesia pada Isnin mencetuskan amaran bahaya.

Abu tebal dan batu kerikil yang jatuh mengancam keselamatan penduduk berhampiran.

Letusan berlaku pada 11.05 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan abu berwarna kelabu hingga hitam dengan ketinggian sehingga 18 kilometer dari puncak gunung.

Serpihan gunung berapi dilaporkan jatuh di kawasan sekitar, meningkatkan risiko kepada penduduk.

Pos Pemerhatian Gunung Lewotobi Laki-Laki mengesahkan letusan masih berterusan.

Penduduk di lereng gunung dinasihatkan menghentikan semua aktiviti dan bersiap sedia untuk berpindah sekiranya keadaan bertambah buruk.

“Mereka yang terjejas akibat hujan abu dinasihatkan memakai pelitup muka atau menutup hidung dan mulut untuk mengelakkan bahaya pernafasan,” menurut laporan rasmi.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG) telah menaikkan tahap amaran kepada Tahap Empat, iaitu yang tertinggi pada skala.

Penduduk dan pelancong diminta mengelakkan semua aktiviti dalam radius enam kilometer dari kawah serta tujuh kilometer di sektor barat daya hingga timur laut. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img