the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, February 5, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Hadiah Meredeka paling bermakna – Hannah

KUALA LUMPUR: Detik emas Merdeka Malaysia terpahat fdalam sejatah apabila beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menjuarai Kejohanan Badminton Dunia 202 di Paris, malam ini.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan kejayaan bersejarah itu sebagai hadiah paling bermakna sempena sambutan Hari Kebangsaan.

“Pemain Road To Gold kita, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei, kini bergelar juara dunia beregu campuran!

“Pingat emas Hari Merdeka ini bukan sahaja istimewa, malah akan terpahat selamanya sebagai salah satu pencapaian sukan terbesar negara,” katanya menerusi hantaran di akaun rasmi X beliau.

Terdahulu, Tang Jie–Ee Wei mengejutkan beregu China, Jiang Zhen Bang–Wei Ya Xin, dengan kemenangan 21-15, 21-14 dalam perlawanan akhir yang berlangsung selama 40 minit di Adidas Arena.

Kejayaan gemilang itu turut melakar sejarah baharu badminton tanah air apabila Tang Jie–Ee Wei menjadi pasangan Malaysia pertama merangkul gelaran dunia acara beregu campuran, sekali gus menambah lembaran emas dalam sejarah sukan negara. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

8 Adorable Sanrio characters x Rody “Lucky Plush Daruma Dolls” – Bounce into the New Year

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 4 February 2026 -The Year of the Horse is galloping in, and 7-Eleven is ready to celebrate with a festive surprise! Wishing everyone good fortune and peace for the year ahead, 7-Eleven has teamed up with six super-popular Sanrio characters – Hello Kitty, My Melody, Kuromi, Cinnamoroll, Pompompurin and Minna no Tābō – and the world-famous Rody ride-on toy horse, to launch the all-new "Lucky Plush Daruma Doll Series".
spot_img

Popular Categories