the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, February 5, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Hampir 50 terbunuh ketika serangan Israel berterusan pada hari kedua Aidiladha

BANDARAYA GAZA/ANKARA: Hampir 50 rakyat Palestin terbunuh manakala kira-kira 100 lagi cedera pada hari kedua Aidiladha apabila tentera Israel melancarkan serangan udara dan melepaskan tembakan di beberapa kawasan di Semenanjung Gaza sejak awal pagi Sabtu, lapor Anadolu Ajansi.

Sumber perubatan memaklumkan kepada Anadolu bahawa sekurang-kurangnya 15 rakyat Palestin, termasuk enam kanak-kanak, terbunuh dan lebih 50 lagi cedera apabila jet pejuang Israel mengebom sebuah rumah kediaman dengan dua peluru berpandu di kejiranan Sabra di Bandaraya Gaza.

Pasukan penyelamat di lokasi bimbang angka korban meningkat melebihi 30 orang memandangkan ramai mangsa masih hilang dan dipercayai terperangkap di bawah runtuhan.

Seramai 12 orang, termasuk empat sekeluarga, terbunuh manakala lebih 40 lagi cedera akibat serangan artileri Israel yang menyasarkan khemah pelarian di barat Khan Younis, selatan Gaza.

Tujuh lagi rakyat Palestin terbunuh dalam satu serangan udara Israel yang menyasarkan rumah menempatkan penduduk kehilangan tempat tinggal di barat Bandaraya Gaza.

Dua rakyat Palestin terbunuh apabila artileri Israel menyasarkan sekumpulan orang awam di kejiranan Al-Saftawi, utara Gaza.

Tiga lagi maut dalam satu serangan udara yang menyasarkan sekumpulan orang awam di kawasan Abu Shrekh, barat kem pelarian Jabalia.

Tiga yang lain, termasuk seorang kanak-kanak, turut terbunuh dalam satu lagi serangan ke atas sebuah rumah berhampiran stesen Al-Mujayda di kawasan sama.

Dalam kejadian berasingan, enam rakyat Palestin ditembak mati oleh tentera Israel berhampiran pusat agihan bantuan di barat Rafah. Beberapa yang lain turut cedera.

Jumlah keseluruhan rakyat Palestin yang ditembak mati ketika cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan sejak 27 Mei kini meningkat kepada 115 orang, dengan lebih 580 cedera dan sembilan masih hilang, menurut kiraan Anadolu berdasarkan sumber Palestin.

Pada Jumaat, hari pertama Aidiladha, seramai 33 rakyat Palestin terbunuh akibat serangan udara dan serangan meriam Israel di beberapa kawasan di Semenanjung Gaza.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

No compromise on LCS project specifications and safety

Deputy Defence Minister Adly Zahari assures no safety or technical standards will be lowered for the delayed Littoral Combat Ship project ahead of handover to the navy.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories