the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, February 5, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Insiden bot terbalik: Kejadian berlaku terlalu pantas – mangsa

KLANG: Mangsa yang terselamat dalam insiden bot terbalik di perairan Tanjung Harapan, di sini semalam berkata kejadian berlaku terlalu pantas dan dalam tempoh tidak sampai 10 saat air memasuki ruang dalam bot.

Alvin Chang Yan Qin, 17, berkata kejadian berkenaan berlaku ketika bot sedang dipandu uji itu melakukan pusingan U kira-kira 30 minit selepas berlepas dari Royal Selangor Yacht Club (RSYC).

“Bot bergerak agak laju sebelum tiba-tiba terbalik. Keadaan di dalam bot menjadi kelam-kabut.

“Saya berusaha menyelamatkan diri dengan berenang keluar dan berjaya duduk di atas bot yang terbalik,“ katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Maritim Selangor di Tanjung Harapan hari ini.

Chang berkata dia hanya mampu menjerit meminta pertolongan selepas menyedari penumpang lain tidak kelihatan dan selepas kira-kira lima minit bertahan di atas bot terbabit, dia diselamatkan sebuah bot nelayan.

Nelayan terbabit katanya kemudian menghubungi pihak berkuasa bagi bantuan.

“Saya difahamkan uji pandu bot itu dilakukan buat kali kedua. Sebelum ini bot terbabit didapati elok secara keseluruhannya,“ katanya.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, tiga individu termasuk seorang kanak-kanak maut manakala sepasang suami isteri masih hilang.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Darren Gan, 3; Cheu Son Hin, 50; dan Fong Yong Sen, 29, manakala yang hilang dikenal pasti sebagai Gan Hon Tat, 32, dan isterinya Careen Man, 29, kedua-duanya berasal dari Klang Utama.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

No compromise on LCS project specifications and safety

Deputy Defence Minister Adly Zahari assures no safety or technical standards will be lowered for the delayed Littoral Combat Ship project ahead of handover to the navy.

Most Viewed

JPJ enforces four-day goods vehicle ban for Chinese New Year

The Road Transport Department bans goods vehicles for four days during Chinese New Year to ease traffic and reduce crash risks, with specific rules for different vehicle categories.

OnGreen Names BlueRock Capital Limited as Strategic Investor for the Launch of Oasis Journey in MENA Expansion

DUBAI, UNITED ARAB EMIRATES - Media OutReach Newswire - 4 February 2026 - OnGreen, a Web3-enabled green technology platform focused on the Middle East and North Africa, said on Monday that BlueRock Capital Limited has agreed to make a strategic investment to support regional expansion.

ASEAN urged to build conducive investment ecosystem

ASEAN must ensure equal treatment and stronger supply chain integration to boost intra-regional investments, says MIDA chairman Tengku Zafrul at the Indonesia Economic Summit

No compromise on LCS project specifications and safety

Deputy Defence Minister Adly Zahari assures no safety or technical standards will be lowered for the delayed Littoral Combat Ship project ahead of handover to the navy.
spot_img

Popular Categories