the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Inspektor polis didakwa minta, terima rasuah

ALOR SETAR: Seorang anggota polis berpangkat Inspektor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah sebagai dorongan untuk tidak melaporkan penahanan seorang individu yang disyaki memiliki dadah, tiga tahun lepas.

Mohammad Kassim Mamas, 36, yang ketika itu bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bandar Baharu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim M. Priscilla Hemamalini.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa secara rasuah cuba memperoleh wang tunai RM20,000 daripada Mohd Firdaus Ahmad Yudin, 33, di dalam sebuah kereta jenis Proton Persona bertempat di Kampung Kenangan, Serdang, Bandar Baharu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa bersetuju menerima suapan wang tunai RM15,000 daripada Mohd Firdaus di dalam kereta berkenaan di Sungai Tengas, Serdang, Bandar Baharu.

Tertuduh juga didakwa memperoleh suapan wang tunai RM2,000 daripada Mohd Syahrul Hafiz Ahmad Yudin, 30, di dalam kenderaan berkenaan di Kampung Sungai Tengas.

Ketiga-tiga pertuduhan itu didakwa dilakukan kira-kira 10.15 malam, 10.30 malam dan 11 malam pada 21 Jun 2021.

Bagi pertuduhan keempat, Mohammad Kassim didakwa bersetuju menerima wang tunai RM7,000 daripada Mohd Firdaus melalui panggilan telefon di Sungai Petani kira-kira 5.40 petang, 22 Jun 2021.

Kesemua pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 23 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Zulfadli Azharudin sementara tertuduh diwakili peguam Burhanudeen Abdul Wahid dan Muhammad Adam Burhanuddeen.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings