the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

IPTA diarah beri kelonggaran pendaftaran pelajar terjejas banjir

KUALA LUMPUR: Semua institusi pendidikan tinggi awam diarah memberikan kelonggaran dalam urusan pendaftaran kepada pelajar yang terlibat dengan bencana banjir di Sabah dan Sarawak.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pihak universiti akan membantu dan memberi ruang secukupnya kepada mereka bagi memastikan tiada pelajar tertinggal peluang melanjutkan pengajian.

Beliau menyeru kepada pelajar, bakal mahasiswa serta ibu bapa yang berdepan dengan dugaan banjir khususnya yang bakal mendaftar masuk ke universiti awam agar tidak bimbang atau gusar.

Zambry meminta mereka yang terkesan agar menghubungi pihak universiti masing-masing untuk memaklumkan keadaan sebenar menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa Majlis Kesukarelawanan Siswa Universiti Malaysia dan pasukan kesukarelawanan IPTA akan digerakkan bagi membantu kerja-kerja pemulihan pascabanjir.

Bantuan yang akan diberikan termasuk sokongan logistik serta bantuan komuniti kepada mangsa banjir.

Zambry merakamkan ucapan simpati kepada semua mangsa dan mendoakan agar mereka dikurniakan kekuatan, kesabaran serta ketabahan dalam mendepani ujian ketika ini.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang turun membantu dan memberi sumbangan kepada mangsa banjir.

Menteri itu mengingatkan semua pihak untuk menjaga diri dan keselamatan semasa melakukan kerja-kerja bantuan.

Beliau berharap keadaan di kawasan terjejas banjir akan pulih secepat mungkin. – Bernama

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Hang Lung Enters the Next Phase in Its Sustainability Journey with Ambitious New Targets

HONG KONG SAR and SHANGHAI, CHINA - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Hang Lung Properties Limited (SEHK stock code: 00101) ("Hang Lung" or the "Company") today announces a new phase in its sustainability journey, unveiling 20 refreshed 2030 targets that build on its success in achieving its 25 x 25 Sustainability Targets.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories