the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

IWK tambah 30 lori tangki septik tahun ini

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KLUANG: Sebanyak 30 lori tangki septik akan ditambah tahun ini untuk meningkatkan perkhidmatan pengosongan tangki menerusi Ops Sedut Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), kata Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Beliau berkata tambahan lori itu bertujuan memudahkan proses pengosongan tangki septik di seluruh negara bagi mengurangkan risiko pencemaran terhadap sistem saliran awam.

“Pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan ini boleh menghubungi IWK untuk membuat temu janji dan lori-lori tersebut akan digerakkan dari semasa ke semasa bagi memastikan Ops Sedut berjalan lancar,” katanya pada sidang media Majlis Penyerahan Projek Siap kepada kerajaan negeri Johor di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IWK Sdn Bhd, M. Narendran berkata pengosongan tangki septik adalah penting bagi mengelak enapcemar terkumpul menjadi penuh dan mengalir keluar dari tangki ke longkang, yang boleh memudaratkan alam sekitar.

“Kami sedang dalam proses pembelian kenderaan baharu untuk menggantikan kenderaan lama dan menambah fleet bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan kepada pelanggan.

“Di Malaysia, terdapat kira-kira 1.35 juta pengguna tangki septik yang perlu dikosongkan secara berkala, iaitu sekurang-kurangnya sekali dalam dua tahun,” katanya.

Beliau berkata ini selaras dengan Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Perkhidmatan Nyahenap Cemar) 2021 di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, yang mengkehendaki semua pemilik, pengurusan atau penghuni premis yang mempunyai tangki septik menjalankan nyahenap cemar secara berjadual.

Kegagalan mematuhi peraturan ini merupakan satu kesalahan di bawah subseksyen 65(3) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655], dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 jika disabitkan.

Di Daerah Kluang, Johor, terdapat kira-kira 67,009 pengguna tangki septik yang perlu menjalani proses nyahenap cemar secara berkala bagi memastikan tangki tidak penuh dan sistem saliran awam terjaga.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img