the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jangan kacau saya, hormati keputusan dan privasi perkahwinan – Tengku Hassanal

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menafikan khabar angin bahawa baginda akan berkahwin dalam masa terdekat ini.

Menerusi hantaran di Instagram Story baginda @this.7, Tengku Hassanal meminta rakyat menghormati keputusan peribadi serta privasi berkenaan perkahwinan baginda.

“Sebagai seorang putera raja dan pewaris takhta negeri, saya amat menghargai keprihatinan dan rasa ingin tahu yang ditunjukkan orang ramai terhadap kehidupan peribadi saya. Bagaimanapun, saya memohon supaya keputusan berhubung hal peribadi dan privasi mengenai perkahwinan saya pada masa akan datang, dihormati.

“Saya percaya dalam bahagian hidup yang begitu penting, ia harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai.

“Buat masa ini, saya komited untuk berkhidmat kepada Raja dan Negara, dan akan menjalankan tugas serta tanggungjawab saya dengan penuh dedikasi. Sokongan anda amat kami hargai. Terima kasih. Takde kahwin…jangan kacau saya,” titah baginda.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cornell suspends frat parties after alleged gang rape

Cornell University suspends fraternity parties for the academic year following allegations of gang rape, launching an independent review and renewed investigation into the case

Most Viewed

spot_img