the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jenazah rakyat Malaysia korban feri karam selamat dikebumikan di Jawa Timur

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

JAKARTA: Jenazah Fauzey Awang, 55, rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi feri Tunu Pratama Jaya selamat dikebumikan di Jawa Timur pada malam Jumaat, memenuhi hasrat terakhirnya untuk disemadikan berhampiran makam gurunya dan berdekatan dengan isterinya di Indonesia.

Meskipun berasal dari Terengganu, Fauzey dilaporkan sering berulang-alik ke Indonesia setiap tiga bulan untuk bertemu isterinya.

Feri yang dinaikinya membawa 65 penumpang dan 22 kenderaan sebelum ia karam di perairan Selat Bali pada malam 2 Julai, kira-kira 30 minit selepas berlepas dari Pelabuhan Ketapang, Banyuwangi menuju ke Bali.

Mayatnya ditemukan pada pagi Khamis berhampiran Pantai Perancak, Jembrana, Bali, sebelum dibawa ke Hospital Blambangan di Banyuwangi untuk pemeriksaan forensik.

Pihak berkuasa Indonesia mengenal pasti identiti mangsa berdasarkan pakaian dan barangan peribadi.

Ketua Polis Banyuwangi, Komisioner Rama Samtama Putra berkata jenazah diserahkan kepada keluarga selepas berkoordinasi dengan Kementerian Luar Indonesia, Kedutaan Besar Malaysia serta penerimaan surat kebenaran rasmi daripada waris terdekat.

“Keluarga mangsa yang datang dari Malaysia telah bertemu isterinya di sini dan bersetuju agar jenazah dikebumikan di sini,” katanya dalam satu kenyataan.

Fauzey sebelum ini sempat menghantar pesanan kepada anak perempuannya, Syifa Amerah Fauzey, hasil perkahwinan terdahulu, menyatakan hasrat untuk dikebumikan di Banyuwangi.

Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Dusun Lidah, Gambiran, Banyuwangi.

“Dia bekerja di Malaysia tetapi akan pulang setiap tiga bulan untuk bertemu isterinya,” kata seorang anggota keluarganya Sumarni seperti dilaporkan TribunNews.

Setakat Jumaat, seramai 47 orang telah dikenal pasti, membabitkan 30 mangsa terselamat dan 17 terkorban.

Beberapa orang lagi masih hilang, ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan.- BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img