the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JPJ Kelantan keluarkan 2,941 notis saman semasa Ops HRA 2025

KOTA BHARU: Sebanyak 2,941 notis saman melibatkan 1,759 kenderaan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Khas Hari Raya Aidilfitri (Op HRA) 2025 sejak 24 Mac lepas.

Pengarahnya Mohd Misuari Abdullah berkata sebanyak 8,370 kenderaan telah diperiksa dan operasi berkenaan mengesan tujuh kesalahan iaitu tidak mematuhi had laju, tidak mematuhi isyarat lalu lintas, memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, menghalang daripada memotong, memotong barisan dan menggunakan telefon bimbit.

“Antara kesalahan tertinggi Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dengan 402 saman dikeluarkan,” katanya kepada pemberita sempena hari terakhir Op Khas HRA 2025 di Akademi Wilayah Timur, hari Selasa (April 8).

Beliau berkata pada operasi sama, sebanyak 14 trip penyamaran melibatkan bas ekspres dilaksanakan dan hasil pemantauan dijalankan, 12 notis dikeluarkan kepada pemandu bas atas pelbagai kesalahan.

Mohd Misuari berkata pemeriksaan di terminal bas turut menyaksikan 12 notis dikeluarkan kepada pemilik bas manakala 10 lagi menerusi kaedah pemantauan strategi covert dan overt.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Natalie C. Uy leads University Pad with a legacy rooted in education, community, and...

Natalie C. Uy continues to lead University Pad with a vision centred on education, community, and integrity, providing flexible accommodation that supports students, young professionals, OFWs, and travellers while fostering personal growth, well-being, and a strong sense of belonging.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings