the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 1, 2025
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JPKK diingatkan jaga integriti pengurusan dana kerajaan

SEREMBAN: Semua Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta ahli jawatankuasa diingatkan supaya tidak melanggar integriti dalam pengurusan dana yang diterima.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan bahawa setiap peruntukan yang disalurkan adalah amanah rakyat dan perlu diurus dengan penuh tanggungjawab.

“Saya ingin menegaskan, integriti dalam pengurusan dana kerajaan adalah perkara penting. Setiap sen yang disalurkan melalui apa jua peruntukan adalah amanah daripada rakyat,” katanya semasa berucap di Majlis Amanat Menteri Besar Bersama 434 JPKK Negeri Sembilan Tahun 2025 di Klana Resort hari ini.

Aminuddin menekankan bahawa dana seperti Inisiatif Sejati MADANI perlu diurus secara telus dan berkesan.

Beliau memberi amaran bahawa sebarang penyelewengan, penyalahgunaan, atau kelewatan dalam pelaksanaan akan menjejaskan imej kerajaan dan mencemarkan kepercayaan rakyat.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Exco Kanan Negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Pada majlis itu, semua ahli JPKK Negeri Sembilan turut membaca Ikrar Bebas Rasuah yang disaksikan oleh Pengarah SPRM Negeri Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail.

Aminuddin yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menyatakan bahawa pelantikan JPKK bagi penggal baharu akan dinilai berdasarkan prestasi pengurusan, pelaksanaan mesyuarat, pencapaian, serta pelaksanaan program Sejati MADANI.

“Perkara ini akan dinilai oleh kerajaan, terutama oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan masing-masing, bagi memastikan keberkesanan khidmat yang diberikan,” jelasnya.

Sementara itu, Jalaluddin menyeru semua pengerusi JPKK supaya bekerjasama dengan baik bersama ADUN di kawasan masing-masing bagi memastikan program pembangunan berjalan lancar.

“Fokus utama JPKK ialah pembangunan dan pengurusan kampung. Jangan jadikan JPKK sebagai alat untuk kepentingan peribadi atau menjatuhkan mana-mana pihak,” tegasnya.

Related

spot_img

Latest

Rhenus shared commitment to support India’s maritime sector at India Maritime Week 2025

Rhenus exchanged an MoU with Inland Waterways Authority Of India (IWAI) for the construction and operation of tug-barge vessels to enable cargo movement across National Waterways NW-1, NW-2, NW-16, and the Indo-Bangladesh Protocol (IBP) route. Vivek Arya, CEO of Rhenus India also shared his insights on logistics as a panelist in a conference discussion session.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories