the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jualan Rahmah: Pengguna puas hati barangan berkualiti harga rendah

TELOK PANGLIMA GARANG: Program Jualan Rahmah di Pasaraya Segi Fresh di sini memberi keceriaan dan kepuasan kepada pelanggan kerana mereka dapat membeli barangan keperluan berkualiti dengan harga rendah.

Rata-rata pengunjung berharap supaya program itu akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Suri rumah Rosyatimah Mursidi, 60, berkata ketika rakyat sedang terbeban dengan kenaikan harga barang, inisiatif kerajaan menerusi pasar raya itu dilihat sebagai langkah tepat.

“Mak cik sangat teruja berbelanja kerana Jualan Rahmah ini sangat meringankan beban komuniti di sini terutamanya golongan B40. Mak cik membeli barangan keperluan harian dengan harga yang sangat berpatutan berbanding harga pasaran.

“Bukan hanya ayam dijual dengan harga yang rendah, sayur, buah dan ikan bilis pun murah sempena Jualan Rahmah ini. Selain itu, barang jualannya juga segar-segar,“ katanya ketika ditemui Bernama.

Pengawal keselamatan P. Taggam, 50, pula berkata Jualan Rahmah membantu menjimatkan perbelanjaan bagi sambutan Deepavali hari ini.

“Saya tidak sangka ada Jualan Rahmah ini, kita memang sudah bajet untuk membeli keperluan raya (Deepavali), disebabkan harga barang ini jauh lebih murah, kita jimat banyak. Baki yang ada ini boleh digunakan untuk membeli keperluan lain.

“Kali ini saya dapat beli ayam, ikan, sayur, beras dan buah-buahan dengan harga yang sangat berpatutan, saya sangat puas hati selain barang-barang jualan (bekalan) juga banyak,“ katanya.

Penjawat awam Ismail Hashim, 55, pula menyifatkan Jualan Rahmah bukan sahaja menawarkan barangan pada harga murah malah berkualiti.

“Walaupun pembelian kami dihadkan, contohnya dua ekor ayam untuk setiap keluarga, ia langkah yang baik supaya semua masyarakat berpeluang untuk mendapatkannya.

“Saya harap pasar raya lain turut mengambil pendekatan sama supaya dapat bersama-sama dalam menjayakan agenda kerajaan bagi meringankan beban rakyat,“ katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Norway files formal FIFA complaint over Balogun ban

Norway’s football chief says they will seek board backing to lodge a formal complaint with FIFA’s ethics committee over the suspension of Folarin Balogun’s World Cup ban.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings