Saturday, November 8, 2025
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kebakaran belukar 0.8 hektar di Pandamaran, Pelabuhan Klang

The Sun Berita

PELABUHAN KLANG: Satu kejadian kebakaran belukar seluas 0.8 hektar (2 ekar) berlaku di Pandamaran, Pelabuhan Klang pada petang ini.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, operasi pemadaman masih berjalan setelah pasukan bomba tiba di lokasi sekitar jam 7.20 malam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, memaklumkan bahawa pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 6.58 petang.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas telah digerakkan ke lokasi untuk mengawal kebakaran ini,“ jelasnya.

Operasi pemadaman melibatkan lapan anggota bomba yang bertugas di lokasi kejadian.

Sebelum ini, sebuah video berdurasi 11 saat yang menunjukkan api marak di kawasan berhampiran zon perindustrian telah tular di media sosial. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img