the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Keracunan makanan: KPM lakukan siasatan penuh

GUA MUSANG: Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan penuh dan terperinci berhubung kejadian lebih 70 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan Sabtu lepas.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kementerian memandang serius dan tidak akan berkompromi dalam isu membabitkan kesihatan pelajar.

“Tindakan susulan sedang diambil oleh Jabatan Pendidikan Negeri bersama Kementerian Kesihatan untuk menyiasat punca keracunan makanan,“ katanya selepas Majlis Peluncuran Bahan Enhancing Reading Through Digital Text di bawah Program Literasi untuk Murid Orang Asli dan Peribumi di Sekolah Kebangsaan Kuala Betis di sini hari ini.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin mengesahkan sebanyak 75 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu berusia antara 13 hingga 17 tahun mengalami keracunan makanan dan telah menerima rawatan, bagaimanapun tiada kes kemasukan wad dilaporkan.

Beliau berkata kes pertama dikesan pada 20 April dan kes terakhir semalam, dipercayai berpunca daripada menu ayam yang dihidangkan kepada mereka.

Sementara itu, seorang ibu kepada pelajar berkenaan yang enggan dikenali berharap pihak sekolah lebih teliti dalam menyediakan makanan kepada pelajar untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku, sekali gus menjejaskan kesihatan pelajar.

“Anak saya baru pulang daripada kem yang diadakan di sekolah berkenaan selama dua hari pada Jumaat dan Sabtu lepas kira-kira 6.30 petang itu dan mula menunjukkan tanda-tanda keracunan makanan iaitu pening kepala, loya, muntah selain mengalami cirit-birit,” katanya.

Menurutnya, menu terakhir yang dimakan oleh pelajar yang menyertai kem kepimpinan berkenaan ialah nasi putih bersama gulai dan ayam goreng yang didapati telah berbau busuk.

“Saya berharap pihak sekolah terutamanya kantin lebih teliti dalam menyediakan makanan kepada pelajar memandangkan kejadian ini dipercayai bukan yang pertama berlaku membabitkan keracunan makanan kepada pelajar di sekolah berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings