Thursday, November 6, 2025
20.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kerajaan bangun model AI tempatan Bahasa Malaysia kurangkan kebergantungan asing

The Sun Berita

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang memperhalusi pembangunan teknologi kecerdasan buatan versi tempatan menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya bagi menyokong kedaulatan digital dan keselamatan data negara.

Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata inisiatif dikenali sebagai Model Bahasa Raya Kebangsaan (NLLM) itu dilaksanakan dengan kerjasama industri, universiti, dan penyedia tempatan.

Beliau menyatakan agenda AI dalam Rancangan Malaysia Ke-13 akan digerakkan secara terancang, berfasa dan inklusif dengan penekanan kepada infrastruktur dan celik digital.

Cadangan membangunkan Islamic Artificial Intelligent System juga akan diteliti bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk memastikan AI beretika berteraskan nilai Malaysia.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata kementeriannya akan menubuhkan Majlis Pendidikan Negara tahun ini sebagai badan tertinggi penyelaras dasar pendidikan.

Majlis yang dipengerusikan Perdana Menteri ini akan dianggotai barisan menteri termasuk kedua-dua Timbalan Perdana Menteri serta Ketua Setiausaha Negara.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh pula berkata Kementerian Pendidikan menyasarkan penambahan 250 kelas prasekolah baharu di seluruh negara pada 2025.

Sehingga 31 Julai lepas, 10,175 kelas prasekolah beroperasi di 6,349 institusi pendidikan melibatkan 216,041 murid dengan lebih 36 peratus berada di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional meningkat secara konsisten dari 99.16 peratus pada 2022 kepada 99.91 peratus pada 2024.

Kementerian Pendidikan juga memperkenalkan laluan khas bagi graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kolej Vokasional untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda perguruan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Rybakina advances to WTA Finals semis with perfect record

Elena Rybakina stays undefeated at WTA Finals, beating alternate...

Most Viewed

XTransfer and Bank SinoPac Announce Partnership at Hong Kong FinTech Week

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 5 November 2025 - XTransfer, World's Leading B2B Cross-Border Trade Payment Platform and Bank SinoPac, acting through its Hong Kong Branch (hereinafter referred to as the Bank SinoPac Hong Kong Branch) are pleased to announce a comprehensive collaboration.

amfori Asia Sustainability Summit 2025 sets course for resilient, responsible and sustainable supply chains

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 5 November 2025 - Organised by amfori, a leading global business association for sustainable trade, "amfori Asia Sustainability Summit 2025" was successfully concluded today at Hotel ICON in Hong Kong, China.

Rybakina advances to WTA Finals semis with perfect record

Elena Rybakina stays undefeated at WTA Finals, beating alternate...
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img