the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, February 5, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kerajaan disaran semak pelepasan cukai korporat dan jurang gaji

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran menyemak semula pelepasan cukai korporat khususnya bagi syarikat yang merekodkan keuntungan luar biasa tetapi mengekalkan jurang gaji yang terlalu besar di antara pengurusan tertinggi dengan pekerja bawahan.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (BBC) Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata sudah tiba masanya untuk melaksanakan prinsip kesaksamaan cukai apabila insentif cukai dikaitkan dengan dasar gaji yang lebih adil dan tanggungjawab sosial korporat.

Beliau menekankan pengukuhan kesatuan sekerja mesti menjadi sebahagian daripada perubahan struktur ekonomi memandangkan hanya 6.0 peratus tenaga kerja Malaysia terlibat dalam kesatuan.

Mohd Shahar menyatakan kesatuan yang kuat bukan sahaja memperjuangkan hak pekerja tetapi juga membantu memastikan dasar gaji dan produktiviti berkembang seiring.

Beliau menambah peningkatan bahagian Pampasan Pekerja perlu dijadikan teras utama dalam memperkukuh asas ekonomi negara.

Apabila lebih banyak bahagian Keluaran Dalam Negara Kasar diagihkan kepada gaji dan pampasan pekerja, ia secara langsung meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah, merangsang perbelanjaan domestik dan memperkukuh daya tahan ekonomi.

Mohd Shahar turut mencadangkan supaya penyaluran sumbangan tunai rahmah disemak semula daripada setiap tiga bulan kepada setiap bulan atau setiap dua minggu seperti yang dilaksanakan di India.

Beliau berkata langkah ini dapat membantu rakyat mengurus perbelanjaan dengan lebih baik dan mengelakkan lonjakan perbelanjaan berkala.

Mohd Shahar menegaskan bantuan tunai bukan penyelesaian kekal dan kerajaan perlu melangkah ke tahap seterusnya melalui kenaikan gaji minimum yang progresif, latihan semula tenaga kerja dan pemerkasaan ekonomi komuniti.

Beliau turut menggariskan tiga pembaharuan utama dalam sektor perumahan bagi menangani ketidakseimbangan struktur yang semakin ketara dalam pasaran perumahan negara.

Perubahan cukai harta perlu dilaksanakan dengan menggantikan Cukai Keuntungan Harta Tanah kepada Cukai Keuntungan Modal secara progresif selain memperkenalkan Cukai Spekulasi dan Kekosongan bagi mengekang aktiviti penahanan stok rumah tidak terjual.

Tadbir urus perancangan perumahan juga perlu diperkemas melalui model berasaskan permintaan sebenar serta perubahan hasil negeri supaya perancangan pembangunan tidak hanya bergantung kepada projek berharga tinggi yang kurang mampu milik.

Perlindungan bersasar bagi pembeli rumah pertama perlu diwujudkan dan semakan semula program Malaysia Rumah Keduaku perlu dilaksanakan agar pelaburan asing tidak menambah lambakan hartanah mewah di pasaran. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Golden Horse Brings Auspicious New Chapter, Yung’s Bistro at K11 MUSEA Presents a Festive Feast Before Relocation

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 3 February 2026 - Yung's Bistro, the first contemporary brand of the renowned Yung Kee Restaurant Group, announces that, in line with mall development plans, its outlet at Shop 701, 7/F, K11 MUSEA will be relocating to another space on the same floor after mid March. The restaurant will continue to serve authentic Cantonese cuisine with a modern twist.

From Banks of Yellow River to Dining Tables Worldwide: Lanzhou Beef Noodles Get a Makeover through Cross-industry Fusion

LANZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 4 February 2026 - Once a must-try culinary landmark of the city and now a cultural IP savored across the globe, Lanzhou Beef Noodles is undergoing a remarkable transformation through cross-sector integration.
spot_img

Popular Categories