the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kerajaan jamin siasatan kes rogol tanpa mengira umur pelaku

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan bahawa setiap kes rogol atau jenayah seksual akan disiasat di bawah Kanun Keseksaan tanpa mengira umur pelaku.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata status bawah umur tidak seharusnya dijadikan alasan untuk melepaskan seseorang daripada tanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan.

Beliau berkata siasatan bagi kes seumpama itu akan dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia termasuk jika ia melibatkan pelajar sekolah atau individu bawah umur.

Azalina berkata walaupun Kementerian Pendidikan mempunyai prosedur tersendiri dalam menangani isu salah laku seksual, kes jenayah itu tetap tertakluk sepenuhnya di bawah bidang kuasa undang-undang jenayah.

Beliau menegaskan bahawa siasatan akan tetap dijalankan oleh PDRM supaya tindakan sewajarnya akan dikenakan.

Azalina berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berhubung kes rogol di Melaka.

Fadhlina sebelum ini menyatakan bahawa empat suspek kes rogol di Melaka yang semuanya di bawah umur boleh menduduki peperiksaan SPM.

Beliau berkata segala tindakan undang-undang dalam kes itu diserahkan kepada pihak polis dan KPM akan menumpukan kepada pengurusan aspek disiplin serta ekosistem sokongan sekolah.

Azalina juga berkata sekiranya Timbalan Pendakwa Raya berpuas hati dengan hasil siasatan dan terdapat bukti yang mencukupi, pendakwaan akan dilakukan di mahkamah.

Beliau menjelaskan bahawa jika pelaku berumur bawah 18 tahun, sistem pendakwaan akan dijalankan di Mahkamah Kanak-Kanak.

Namun, beliau menegaskan bahawa pelaku tetap akan didakwa di bawah Kanun Keseksaan.

Azalina menekankan bahawa salah tetap salah dan jahat tetap jahat walaupun hukuman mungkin dikenakan di mahkamah yang berlainan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Hang Lung Enters the Next Phase in Its Sustainability Journey with Ambitious New Targets

HONG KONG SAR and SHANGHAI, CHINA - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Hang Lung Properties Limited (SEHK stock code: 00101) ("Hang Lung" or the "Company") today announces a new phase in its sustainability journey, unveiling 20 refreshed 2030 targets that build on its success in achieving its 25 x 25 Sustainability Targets.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories