the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kerajaan Pusat lulus RM3 juta perkukuh sistem kesan gegaran di Johor – Onn Hafiz

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi pembinaan dua stesen seismologi tambahan (weak motion) di Johor sebagai langkah memperkukuh sistem pemantauan gempa bumi di negeri itu.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata dua stesen baharu berkenaan akan melengkapi enam stesen sedia ada yang turut dinaik taraf, sekali gus meningkatkan keupayaan pengesanan awal gegaran di kawasan berisiko.

Beliau menjelaskan, inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada usaha jangka sederhana kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk memperkukuh pemantauan saintifik serta analisis di kawasan terkesan.

“Kerajaan negeri merakamkan penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas kelulusan peruntukan RM3 juta ini,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini hari ini.

Selain itu, JMG Johor turut melaksanakan siasatan tanah dan bangunan di kawasan pusat gempa bagi menentukan tahap risiko dengan lebih tepat, sekali gus memastikan keselamatan penduduk sentiasa terjamin.

Beberapa siri gempa bumi lemah berlaku di Segamat dan Batu Pahat bermula pada 24 Ogos 2025 dengan magnitud 4.1, disusuli tujuh gegaran susulan antara 27 Ogos hingga 3 Sept dengan magnitud antara 2.5 hingga 3.4.

Mengulas lanjut, Onn Hafiz berkata kerajaan negeri turut memperkukuh kesiapsiagaan melalui kajian berterusan mengenai garisan sesar dan impak gempa oleh JMG, MetMalaysia serta universiti awam, dengan hasil kajian dibentangkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

“Semua pembangunan baharu juga perlu mengambil kira piawaian Malaysia National Annex to Eurocode 8 bagi memastikan struktur bangunan tahan gempa,” katanya.

Beliau menambah, penilaian kerentanan terhadap infrastruktur kritikal sedia ada seperti hospital, empangan, pusat data dan kemudahan strategik juga akan dilaksanakan.

Selain itu, garis panduan keselamatan bangunan dan infrastruktur strategik di kawasan berisiko turut dibangunkan, manakala pemetaan risiko seismik akan dikemas kini secara berterusan menggunakan cerapan pergerakan sesar serta integrasi teknologi moden termasuk kecerdasan buatan (AI) – BERNAMA

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Hang Lung Enters the Next Phase in Its Sustainability Journey with Ambitious New Targets

HONG KONG SAR and SHANGHAI, CHINA - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Hang Lung Properties Limited (SEHK stock code: 00101) ("Hang Lung" or the "Company") today announces a new phase in its sustainability journey, unveiling 20 refreshed 2030 targets that build on its success in achieving its 25 x 25 Sustainability Targets.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories