the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, February 7, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kerajaan utamakan bantuan segera mangsa bencana Sabah – PM Anwar

DOHA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan semua bantuan awal sampai kepada mangsa bencana banjir dan tanah runtuh di Sabah.

Beliau berkata pemantauan rapi sedang dilakukan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), kerajaan negeri serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang secara peribadi mengikuti perkembangan di lapangan.

Anwar mahu seluruh jentera Kerajaan Persekutuan dikerah untuk bersama-sama membantu kerajaan negeri serta pihak berkuasa di daerah terbabit bagi menangani bencana itu.

“Kita melahirkan rasa prihatin dan sedih atas apa yang menimpa Sabah, khususnya mangsa yang terkorban serta beberapa keluarga lain yang terkesan akibat kemusnahan harta benda, rumah dan kerosakan kemudahan awam.

“Tindakan awal juga harus disegerakan, khususnya melibatkan kemudahan awam, jalan-jalan kecil, sekolah, klinik kesihatan dan sebagainya,” katanya kepada Bernama dan RTM sebelum menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam di sini.

Perdana Menteri turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban akibat tanah runtuh.

Sembilan individu maut dalam insiden di Kampung Cenderakasih, Kota Kinabalu dan Kampung Mook, Papar hari ini susulan hujan lebat berterusan sejak malam tadi.

Seramai 863 orang daripada 220 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara di empat daerah terjejas banjir iaitu Penampang, Beaufort, Membakut dan Tawau setakat petang ini.

Anwar meluluskan peruntukan segera sebanyak 10 juta ringgit melalui NADMA bagi membantu mangsa terjejas banjir di Sabah.

Beliau berkata jumlah itu adalah tambahan kepada 11 juta ringgit yang telah disalurkan melalui kerajaan negeri bagi tujuan pembaikan segera kemudahan asas di kawasan terlibat. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Farm Price eyes Main Market move after meeting profit, financial criteria

“Farm Price Holdings Bhd has proposed to transfer its listing from Bursa Malaysia’s ACE Market to the Main Market, saying the move reflects the group’s progress, operating discipline and readiness for its next phase of growth. Managing director Dr Lawrence Tiong Lee Chian said the transfer is expected to enhance credibility, broaden investor recognition and reinforce confidence in its long-term prospects.
spot_img

Popular Categories